Sunday, January 23, 2011

Kek Cuklat Banjir

: : assalamualaikum : :


erm..tak tau nak mula dengan camne..ok.kali ini nak kongsi pasal Kek Cuklat Banjir. Dari dua minggu lepas macam terasa nak makan kek. So, pujuklah mak dengan bersungguh-sungguh untuk buatkan kek cuklat nih even sebenarnya tak berapa lah nak suka kat kek cuklat. Prefer more to Cheese Cake. yum..yum..yum.. Mak macam malas nak layan sebab selalunya, ending mesti mak yang buat kek tuh sampai siap.haha.ngelat ekk. So, selepas puas pujuk, then mak cakap pergi buat sendiri di bantu dengan buku resepi mak. Takutnya rasa, sebab takut tak jadi. Maklumlah abah tuh suka complain kalau masak tak sedap. Aishhh...oklah.akhirnya terima tawaran mak dengan yakinnya...hahahaha

Sediakan bahan dulu :
i) 500gm tepung optima perisa cuklat
ii) 8 biji telur
Iii) 1 sudu besar overlette
iv) 2 sudu besar susu minum
v) 1 buku mentega

Firstly, ayak tepung, telur, overlette, susu minum sampai kembang. Da betul-betul kembang, kemudian masukkan mentega. Pukul lagi adunan tesebut sampai betul-betul kembang dan sebati. Pastu masukkan adunan ke dalam loyang. Tapi sapu loyang dengan mentega dan lapikkan dengan kertas pelapik kek supaya bila keluarkan kek dari loyang, kek tak akan melekat. Bakar dengan suhu 150 darjah celcius dalam masa 1 jam.


tepung optima, telur, overlette, susu minum


then masukkan mentega



masukan adunan ke dalam loyang

bahan topping cuklat :

i) 200gm cuklat cake
ii) air
iii) gula pasir

untuk lebih sedap, buat topping coklat untuk curah atas kek. cairkan cuklat cake dengan air. biar air didih dulu sebelum masukkan cuklat kek. lepas cuklat cair, masukkan gula pasir. ikut suka hati lu nak manis camane.hee. then curahkan atas kek.


untuk topping cuklat


tarrraaa...nampak cam lazatkan. tabur choco rice untuk nampak cantik..


esoknya, bawak pergi office untuk bagi budak office rasa. tapi aku cakap kat diorang mak yang buat. supaya kalau tak sedap, tak lah rasa malu sangat. tak baik ekk. tapi..tapi..tapi..bila diorang taste, mereka cakap " wah, syira..sedapnyeeee..pandai mak u buat" haha.rasa rugi lak cakap mak yang buat.hehheh...


ok..bubye..






Thursday, January 6, 2011

Dinner Time!!

: : assalamualaikum : :


Kali ini, nak cerita pasal dinner syarikat. 17hb disember 2010, Posim kecoh-kecoh pasal dinner ni. Selepas ditangguh beberapa kali, barulah dinner ni happened. Sebenarnya banyak kali lah aku doakan supaya dinner ni tak jadi. (tu sebab dinner asyik tangguh jep kot.hee) Sebabnya.....kena nyanyi untuk malam tu. Ni semua gara-gara Mr. Manager yang suka menipu aku. Aku yang lurus ni pulak leh percaya 100%. Dia cakap disebabkan aku orang baru dalam syarikat, so aku wajib masuk pertandingan karaoke tu.Pastu dia cakap, staf JB Branch semua dah pernah masuk. PADAHAL!!! dinner tu baru 1st time buat..! ngeng ngeng ngeng... 


cuba teka yg mana satu Mr Manager??

 
Malam tu, ramailah yang pakai cantik-cantik ala model & datin tau.awuuu...tapi aku pakai biasa-biasa jep.oleh kerana aku sangat pemalu (yer! saya pemalu orangnya..) maka aku hanya duduk di sebelah Mr Manager sambil diperkenalkan kepada seluruh warga kerja POSIM.."let's meet my girl" (bunyi cam skandal jep..aishhh). malam tu macam-macam makanan dihidangkan. jadi amoi kejap sebab makanan semua ala china.hee.

Dalam dok tibai makan, hilang sikit nebes nak nyanyi tuh.hehheh.(ko ni syirah..dapat makan jep, ko terus lupa yer)tapi..tapi..tapi..tiba-tiba orang tegur aku." no 4 kan? tunggu kat depan yer.masa da time nih" aish..takut seh.maka aku gerak dengan perlahan ke depan.bila dapat mike, terasa jantung ni nak luruh.muka aku tak payah cerita lah.da terberot sana terberot sini.akhirnya terpaksa menerima hakikat bahawa saya perlu menyanyi pada malam itu!! yeah baybeh! dengan suara terketar-ketar, menggagahkan diri jugak untuk menyanyi. so, bagaimana muka saya ketika itu?


beginilah!! what ashamed!


Keadaannya sangat lah teruk.saya tak suka itu. Menyanyi di khalayak ramai ianya seperti presentation  dalam kelas masa time study dulu. (sambil nyanyi "berdegup jantungku...."). Malam tu aku nyanyi lagi 21 Guns. Lagu tu senang. Sebab tak payah nak dance. Konon nak ambil lagu omputih. Nak eksen la tuh.haha..Tapi bila time nyanyi, suara apa pun tak dengar. :) Tapi Team JB Branch bagi semangat & bunga banyak-banyak masa tengah nyanyi..ohh.thank you dear!


Mr Manager bagi bunga! thanx to Marcus, Dawson, Vincent & Andy too..wee~~


bila dah habis nyanyi terasa nak masuk bilik air, kunci pintu dan duduk lama-lama dalam tu sampai habis dinner.tapi tak boleh! sebab makanan yang sedap-sedap sedang menunggu di atas meja.lalu menebalkan muka pergi duduk balik tanpa pandang sesiapa pun.aish..

bla..bla..bla..

dan kemuncaknya..tibalah pengumuman pemenang karaoke pada malam itu..dan pemenangnya adalah..jeng..jeng..jeng..yer! saya bukanlah pemenangnya.mana mungkin menyanyi dengan suara terketar-ketar bersama mimik muka yang menakutkan akan menjadi juara..ahha. :)
 


tak menang pun dapat hadiah jugak.jangan jeles!

anyway, malam tu sangat seronok.makanan sangat sedap.budak-budak Posim sangatlah baik dan ramah.semua bergembira menari-nari seperti baru mendapat isteri kedua.hahaha.ambil gambar banyak-banyak & upload kat pesbuk.oh.itu wajib!

ok..bubye..

Monday, January 3, 2011

Permulaan Tahun 2011 Yang Tak Indah !!

assalamualaikum...


tahun 2010 dah habis..sekarang da tiba 2011.tambah lagi 1 tahun umur aku.hmm..dah tua yer saya.muka nampak sangat matured seperti umur 27 tahun.TIDAAAAAAAAAAAKKKK!!!
what? 27 tahun...hehheh..dah boleh mintak kawen ni. MAK!! NAK KAWEN!!!

bila new year, semua pasang azam ape best untuk tahun baru.tapi aku tak pernah ade azam baru kalau nak masuk new year.sebab..tak pernah satu azam pun terlaksana setiap tahun.setiap tahun pun sama.sebenarnye menjalani kehidupan seperti orang normal yang biasa tanpa ragu-ragu pun dah kira azam jugakkk..hee

tapi permulaan tahun 2011 ni adalah hari yang tak indah.mengapa?sabtu lepas konon-konon nak sambut birthday abah awal sikit.so dengan duit gaji yang baru masuk (yer..saya sudah bekerja!!)bercita-cita membelikan makanan yang sangat banyak untuk di makan bersama family iaitu KFC + BIG APPLE + KEK BUAH + AUNTIE ANNE. makanan sangat banyak dan rasa seperti semua pun wajib di makan!hehe. keesokan hari ahad, pun bercita-cita masakkan abah something special (masak soto nasi jep pun..) abah tak lah makan banyak mana pun.aku yang tukang melantak dan hasilnya, bila malam menjelma, perut sangat meragam..masuk keluar tandas banyak kali tidak terkira.

bila pagi isnin, rasa berat nak pergi kerja.tapi bila terkenangkan banyak cek nak settle kat ofis, lalu menggagahkan diri pergi jugak. HIDUP INSYIRAH!!! :P. tapi tak lah gagah mana pun,amek half day pastu.ahaha.balik rumah terus terbongkang sampai petang.dan hari ini hari selasa, terasa sangat la malas nak pergi kerja dengan perut yg meragam lagi.tapi mak suruh pergi klinik.malasnya nak pergi!!tapi saya anak yang baik yang ikut cakap mak (kadang-kadang jep dengar cakap).bila sampai klinik, doktor cakap aku kena gastrik.hah? sangat terperanjat. " eh doktor, selalunya orang yang kena gastrik ni sebab dia tak makan or lambat makan.tapi orang yang kuat makan and selalu overtime makan ni pun leh kena gastrik?..lalu doktor sengih sambil tutup mulut guna tangan..(dalam ati : owh..doktor perli saya yer..tak nak datang klinik doktor lagi! uhh!)



ubat gastrik? bagilah mentos ker apollo ker..uhh!



thx yer bagi MC!! haha




ok..bubye..