Friday, July 15, 2011

Finally


firstly..Thanks to Allah for giving me a chance. Alhamdulillah..

tunggu punya tunggu, akhirnya dapat juga keputusan nak masuk universiti ni. seminggu awal dah dapat mesej untuk cek universiti ni.dup dap dup dap jantung Tuhan saja yang tahu. siap bulatkan tarikh dekat kalendar di office supaya ingat tarikh keluar result ni. kesian mak dan adik beradik yang lain kena tahan dengar ayat aku. "man, result kita kuar 15hb ni" "omme, result syira kuar 15hb ni". hampir satu keluarga lah aku dok ulang ayat ni. sampai bila abang nampak muka aku, dia akan cakap "ok,cukup.abang tau result syira kuar 15hb ni kan"..hahahaha. dari semalam dah try hantar mesej untuk cek keputusan upu ni. tapi mesej balas, "your record it's not in system". bukan sekali aku hantar. rasa macam adalah 6 kali. agaknya kalau mesej tu tak skema, dia akan cakap "kau tak paham bahasa ke ha labu???"..aish.. rasa berdebar dari malam tadi. dapat agaknya tak aku ni. dengan doa yang tak selalu. sembahyang yang tak pernah cukup, kau ingat Tuhan tu nak dengar ke doa dan permintaan kau ha insyirah..??? :(
tapi, bila da cek hari ni melalui sms, alhamdulillah, Tuhan masih ada untuk saya. dapat pula dekat UITM. ok.lepas ni boleh lah guna word ni. "UITM di hatiku.." hee.


TERIMA KASIH ALLAH!!!