Tuesday, August 30, 2011

Kisah Hari Raya

Sebulan berpuasa, akhirnya hari raya tiba. Penat ni berpuasa sebulan. Penat sungguh. Haha.. Tapi puasa tahun ni rasa macam sekejap sangat. tup tup dah sebulan. Cepat sangat masa berlalu. Maybe sebab aku kerja kot sebab tu rasa sekejap sangat bulan Ramadhan ni. Pahala yang dikumpul pun, tak lah banyak sangat. Tapi masih boleh dibuat peneman untuk hujung hari nanti. InsyaAllah.

Dua hari sebelum raya, mak dah pulun suruh potong ni potong tu. Apa guna anak ramai kan kalau tak boleh nak tolong yer Puan Mariah. hee.. Mak dah bagi da tugas masing-masing supaya semua kerja dapat settle awal. ok. As usual tugas aku memang di dapur tolong masak. Aku tak suka buat dua kerja. So aku pilih memasak, dan selesai dan tak perlu untuk memikir yang aku harus kemas ruang tamu atau isi kueh dalam balang. hehheh.. PEMALAS!!! tp part paling best bila semua akan belajar untuk menganyam ketupat. Cuma abang aku sorang jep yang susah sangat nak paham cara nak menganyam ketupat ni..kesian..

Lauk wajib hari raya memang banyak. Setiap tahun mesti akan fikirkan lauk apa tak perlu di masak untuk tahun ni. hehheh.. tapi last-last semua lauk pun wajib di masak. Abah cakap ketupat mesti ada. Adik pulak cakap suka sangat rendang daging dan ayam masak merah mak. Mak pulak suka sangat dengan seunding ikan dia. Kalau aku pulak, ketupat pulut, sambal goreng hati dan kuah kacang tersangatlah wajib ada!


ketupat pulut



sambal goreng hati - google search



kuah kacang



Bila cerita pasal hari raya pula, tiba-tiba teringat ragam raya tahun lepas. KIsah ni terjadi masa hari raya kedua. Dah jadi tradisi kami sekeluarga pada hari raya kedua tu, kami akan raya di Batu Pahat bersama dua lagi family. Memang meriah la kan memandangkan sekali gerak samapi 7 buah kereta. Macamana lah nak parking tu. Lagi-lagi kawasan kampung. Memang bersepah-sepah lah kereta kat bahu jalan. Bermula ceritanya..

Keluarga ayah aku ni ada banyak atuk sedara. Sampai setiap tahun aku akan tanya mak aku ni rumah siapa. Sebab terlalu banyak sangat rumah sampai aku tak ingat nama atuk-atuk sedara aku. Bila dah terlalu banyak rumah yang di raya kan, sampai terlupa jalan masuk ke kampung tersebut. Nak dijadikan cerita, pakcik aku ni konfiden giler ketuai konvoi ni. Memang tak nampak tanda-tanda yang dia lupa jalan. So, kami follow to the flow jep la mengikut kereta pakcik aku ni. Masa tu rasa nak terkucir memanglah tak dapat dibendung lagi. Sampai-sampai jep rumah tesebut semua serbu rumah tersebut. Rupanya bukan aku sorang jep yang nak terkucir. Ramai lagi. Masuk-masuk rumah jep, tak dan dah nak salam-salam ke tanya khabar ke. Memang tak de dah. Keluarga rumah ni pun tanya, "awak semua ni keluarga mana?, belah siapa? Mak ayah nama apa?" . Memang tak lah aku nak jawab. Muka dah biru menahan ni. Bila da settle semuanya, aku keluar dengan muka lega yang amat. Tiba-tiba aku macam dengar pakcik aku dan parents aku berbual dekat luar umah. Ape lama sangat ker aku dalam bilik air sampai diorang dah nak balik ni?

...............

Rupa-rupanya salah rumah lah weyh.......maluuuuuuuuuuuu :P





OK. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN...

Friday, August 26, 2011

No More Longer With Posim

26hb August 2011....

I'm no more longer with Posim. Finally, lepas dapat tawaran sambung belajar tu, terus aku buat surat resignation untuk bagi kat Mr. Manager. Masa aku bagitahu yang aku nak berhenti, Mr.Manager macam senyap jep. Maybe sebab rasa berat nak lepaskan aku atau.....dalam hati dia "seronoknye..seronoknye kau nak berhenti". hahaha. Yelah..aku tau kan aku selalu salah masuk order. Ingat satu hari tu, it's my latest mistakes actually, aku salah masuk kuantiti order. Order besi yang sepatutnye aku key in 9ton tapi aku key in jadi 25ton. Bila call customer pulak, mereka cakap mereka tak nak balance besi tu. Memang Posim kena tanggung la transport charge untuk angkat balik besi-besi tu semua. many time i asking for forgivenes. tapi Mr.Manager cakap "sorry for what? ini cuma kerja. it's normally happened". Tengok betapa positifnya. sampai aku pelik kenapa dia tak nak marah sebab hal ni. Transport charge tu bukannya singgit dua hinggit. tapi 1 bulan gaji aku.

banyak memori dan kenangan dalam Posim. Tak sangka setahun lebih jugak aku kerja dengan Posim. Gembira, sedih, ketawa, marah dan macam-macam perasaan yang aku pelajari. Dengan my apek-apek yang disayangi, Mr. Anson An Eng Sheng, Mr. Vincent Yen Kok Wah, and Mr. Marcus Ho Chern Long, even sometimes they are so annoying but sometimes are so naughty and like a childish and plus my Mr. Manager, Mr. Maung Wai Meng....i can't stop laughing. i love them. kadang-kadang orang tanya, "macamana kau boleh kerja dengan 11 lelaki cina dan cuma kau seorang jep perempuan melayu, kau tak takut ke?". actually, tak lah takut kalau kita pandai untuk manage mereka jadi kawan suka duka. Even, sometimes diorang tu 'hamsap' giler tapi mereka baik dan tak pernah ambil kesempatan.

tarikh last ni aku siapkan semua kerja supaya staff baru masuk nanti tak kan pening kepala nak settle kan kerja yang dia sendiri baru nak belajar buat. dan...aku kemas sampah sarap yang aku selalu buat pusaka bawah meja. hahaha. buruk sungguh perangai kau insyirah!!!

tangah syok kemas, tiba-tiba aku terpandang muka Mr. Manager. tiba-tiba rasa sayu sangat. Aku rapat dengan dia. bila kita tinggal berdua dalam ofis, Mr. Manager suka becerita sampai aku rasa bila la dia nak behenti becerita ni. kang tak siap pulak kerja aku ni. Pasal politik, pasal karenah customer, pasal kehebatan dia, family dia, pasal how to manage kerja, how to be a good friend, and lots.. 

lepas ni tak payah lah hari-hari nak speed kereta rushing sebab takut Mr. Manager sampai dulu dekat ofis dan lalu dekat kilang-kilang and kena sweet-sweet dengan bangla and indon dekat situ. rasa hot la pulak kan. haha. 1 more, dah tak payanh nak jadi pak guard tukang buka dan tutup pagar besar. owh.. it's really a lot story to tell.



saya sayang awak semua warga Posim.. and my APEK-APEK!! a big love for you.


Tuesday, August 2, 2011

Tak Patut Tak Boleh !!

Tiba-tiba saja teringat satu cerita masa PLKN dulu. Nak kata excited sangat sebab dapat masuk PLKN, tak lah juga. cuma sudah dapat, so pergi saja lah. ada satu cerita di mana suatu hari itu kami wira dan wirawati negara diberitahu bahawa kami semua akan di bawa pergi menembak di sebuah kawasan tentera. masing-masing rasa teruja sebab semua pelatih akan diberi kebenaran untuk memegang senjata M-16. malam itu, semua sibuklah cerita nak skor berapa untuk acara menembak esok. konon kau lah yang best kan.. :P

maka, tibalah hari yang dinantikan. kami berkumpul di padang kawad dan menaiki bas untuk ke kawasan penembakan tersebut. dalam bas punyalah riuh sangat sambil nyanyi lagu tema PLKN. ceh konon semangat PLKN lah. padahal cikgu suruh kau nyanyikan sebenarnya. hahaha. tetapi rasa seronok pula bila nyanyi beramai-ramai. dalam beberapa jam macamtu, kami tiba di kawasan tersebut dan di sambut oleh beberapa orang tentera. kami diberi taklimat dan penerangan tentang cara penembakan yang betul dan bagi mendapat skor yang tinggi.

habis taklimat semua rasa nak terkucil. al-maklumlah. kawasan tentera pula. tau-tau je lah bagaimana rupa tandasnya. ni yang nak cerita ni. tandas ni bukan bilik air biasa tu tau. tandas tentera ni macam kotak yang biasa ada dekat tepi kawasan kalau ada acara pameran ker atau macam Jom Heboh tu kan. masa tu cuma ada 3 kotak je. bayangkan kami pelatih yang lebih 300 orang ni nak terkucil termasuk aku dan seorang lagi member aku, si Sarjan Daia ni. tapi bau tandas memang tak boleh tahan la beb!!!. bayangkan kotak tu di letak atas tanah yang berlopak. bau lopak yang macam tahi lembu tu campur pula dengan hasil kumbahan tentera mix dengan pelatih PLKN..Tuhan saja yang tahu. memang tak boleh pergi! last-last aku dengan Sarjan Daia ni pun punyalah pusing seluruh kawasan sebab memang dah hujung lah beb.

tengah pulun dok kalut dua orang ni, tiba-tiba Sarjan Daia ni berhenti. dia tunjuk sesuatu. aku pun pandanglah kan. tertulis di situ "TANDAS V.I.P". masa tu sempat lagi fikir ni. emm mesti tandas ni macam tandas menteri-menteri kat malaysia ni. dok kalut dua orang pulak dok fikir depan tandas tuh. akhirnya kami pun bertanya pada abang-abang tentera yang kebetulan dok bergosip dekat tepi tu. "bang, boleh tak kami guna tandas ni??" dengan kaki terkepit-kepit. lalu mereka pun jawab "IIIHHH....TAK PATUT TAK BOLEHHH LAA!!.. punyalah kami gelak sampai tak henggat nak terkucil. tak lah kelakar sangat sebenarnya. tapi betul juga cakap abang tentera tu. dalam keadaan terdesak ni, tak patut tak boleh!!!