Tuesday, April 24, 2012

Exhibition : Finland

untuk semester 3 ni aku belajar Geography. tapi tak lah sama macam Geografi masa tingkatan 3 dulu. yang tu senang lagi kot. yang sekarang pun senang jugak. cuma kena banyak membaca memandangkan cikgu syok sendiri ngajar. hakhak. tapi aku sangat kagum sebab cikgu Geografi aku ni boleh ingat semua perkara kat sesebuah negara. dari nama Perdana Menteri hingga suku sakat kaum. semua info macam petik jari jep lah. tapi serius subjek ni bosan giler. Damn! hahahahaha :)  member kat depan siap buat SUDOKU lagi kat depan cikgu tu. aku rasa cikgu faham kot yang subjek tu bosan pasal tu dia tak marah pun. so exhibition ni adalah salah satu perkara dalam modul yang akan jadi carry mark kitorang. nak siapkan bahan-bahan untuk exhibition ni damn penat giler sebab bila tak cukup satu barang jep, kerja da tertangguh. alamatnya semua melopong jep la.



























ok bye

Bilik Cantik Saya

Tahun ni, tahun kedua aku kat UITM. Masih mencuba menjadi pelajar yang terbaik walaupun dengan hanya makan, tidur, berfoya-foya di Klebang, dan exam ntah ape-ape la engko jawab. Dan kadang-kadang pinjam novel member baca dua tiga minggu baru habes! nampak tak betapa pemalasnya menghadap buku even just novel?? OMAGODD INSYIRAH!!

ini semua disebabkan keadaan bilik. dia lah puncanya! (nak tayang bilik sebenarnya :P)



Firstly, dat's my katil! pink tau kak.. nampak empuk kan. soooo empuk! tu punca utama. bila baca buku or buat keje sekolah then tertoleh kat katil, terus rasa nak cium-cium katil dan akhirnya terlelap. bukan salah saya :)

 
 

 ini lak meja belajar yang terletak kat sebelah katil. kadang-kadang bila tengah belajar, mula lah tarik losyen dalam kotak then sapu kat tangan, kat muka..seterusnya mula la berangan kulit nk gebu macam ADELE someone like u tuuu.. :)



ni papan kenyataan aku. beralaskan dinding jep.malah aiihhh nak lekat sugar paper la sugar daddy la.oppsss..bazir duet tau nyah! note pink tu adalah kata-kata semangat untuk teruskan kehidupan. macam banyak la cabaran ekk. :(


ini gobok aku.orang Johor panggil gobok. ataupun almari. siap cermin besar. Cikgu inggeris cakap soh beli cermin besar supaya public speaking best. tapi OMAGODD ape dia nak pun aku tak paham. " i cannot understand your slank. ur grammar is wrong. ur pronounce also wrong too " .... ok then :P



 makeup <3 . luv it!



ok bye.


Monday, April 2, 2012

Dalam Harta Kita Ada Rezeki Mereka


Mak selalu cakap, dalam kehidupan kita jangan selalu kedekut dengan orang. Sebab dalam setiap harta yang kita perolehi tak kisah lah sama ada kita sendiri yang berusaha untuk mendapatkannya ataupun kita perolehi daripada orang lain. Dan aku selalu percaya kata-kata mak aku sebab dia selalu bagi ayat yang akan terkesan dalam kehidupan aku sendiri. Sebab bila tak kedekut dengan orang, maka Tuhan pun takkan kedekut untuk turunkan rezeki kat kita jugak

ok. yesterday, seriously duit aku dalam dompet cuma tinggal RM70. sebab dah pergi berfoya-foya dengan Mokmok walaupun sebenarnya Mokmok la yang banyak keluarkan duit. Ok2. Itu bukan cerita untuk diceritakan. Wajiblah orang bekerja belanja orang tak bekerja kan. hee :) sori Mokmok. Back to the story ~~ aku memang terlebih pakai duet yang dibajet untuk digunakan selama 2 minggu termasuk duit untuk cengkadak nak beli barang for exhibition ni. Then, aku pun pergi makan dengan Mokmok. Sedang makan, tiba-tiba ada peminta sedekah minta duit. ok. tak mahu panggil minta sedekah tapi kita panggil peminta derma la yer. Ciss!! takde sehinggit lak! Rasa dengan berat hati mengeluarkan RM5. walaupun sebenarnya tak lah banyak pun RM5 tu, tapi untuk orang yang dah pokai ni, wajiblah untuk rasa kedekut. konon nak minta duit Mokmok tapi tengah gaduh masa makan tu, tak syok la kan nak paww. hee. bila tengok dompet duet tinggal RM65. Rasa sdih menerpa dalam hati. Sedih sangat. tapi dah buat baik mana boleh menyesal kan. mungkin itu rezeki dia sebab tu Tuhan gerakkan hati dia untuk pergi kat aku. Jadi aku mula membuat personal bajet sendiri. baiklah...RM15 akan digunakan untuk beli tiket bas pulang ke Melaka (gaduh ngan Mokmok..so kena balik Melaka naik bus) dan RM50 untuk exhibition. dah terfikir untuk diet seminggu. Sedih lagi~~~

Dan pada hari ini..tiba-tiba abah call..jeng~jeng~jeng~


Abah : syra, abah da masukkan duit aritu dah habes ker?

Syra : eh, bila abah masuk duit. takpela duit banyak lagi ni (RM65  :P)

Abah : adalah! abah masukkan RM400 hari tu dua hari lepas syra balik melaka.

Syra : Ok. tak pelah nanti Syra cek eh.


then 10minutes later abah text me "abah masukkan lagi RM500"

WHAT???

dat's mean RM400 + RM500 = ???


OK..thanx abah! thanks so much abah! I luv u..




Terima kasih Tuhan!

Wednesday, March 7, 2012

Trouble Is A Friend

I love this song. Trouble Is A Friend by Lenka. Betul ke "friend" tu memang trouble? Maybe some of them kot yang trouble. hohoho.. Sebenarnya dalam life yang sebenar-benarnya memang akan ada pengalaman dalam berkawan. Means.. dalam berkawan ramai-ramai tu mesti ada seorang atau dua orang atau tiga orang akan buat "spoil" dalam friendship tu. DAMN!! kenapa mesti ada mereka-mereka ini?

Aku paling tak suka bila berkawan ganjil. actually itu nombor yang tak baik. so, bagi mereka yang merasakan untuk mempunyai sahabat yang baik, janganlah jumlahnya adalah nombor ganjil. aku lebih suka berkawan berdua, bereempat, berenam. sebabnya, bila berkawan bertiga, hanya dua orang akan berbual berdua, sahabat yang menjadi ketiga ni akan duduk diam la. well, my style, aku tak suka interrupt bila orang cakap. 

contoh ayat " weyh korang bual ape weyh? aku nak tau gak?" ------> dat's totally not me!!

so, susahnya bila dah ditakdirkan berkawan ganjil. tapi tak juga. kadang-kadang ada jugak mereka yang berkawan ganjil tapi masih kekal. maybe mereka mengamalkan sikap not bother! "Ok..I'm NOT BOTHER what you want to do! you can go hell!!" haha. No,no,no..perempuan yang baik lagi cantik tak boleh cakap perkataan-perkataan macam itu okey?? hee..

Oh~~saya sedang belajar menjadi Miss NOT BOTHER!! teeheeee~~






Friday, March 2, 2012

Saturday, February 25, 2012

Alhamdulillah

Alhamdulillah. Terima kasih Allah.


Result for this semester dah keluar. Ok. It was so bad. And.............it's really bad! Macam orang yang tak langsung pergi kelas. What I've done for this semester? enough got sleep? eat lot until your brain getting to worst and be so stupid? aish....

then realize. Nak marah diri sendiri pun tak guna. It's already happened. Cuma rasa bersyukur pada Tuhan walaupun pointer really bad, but still past semua subjek. ALHAMDULILLAH. Aku memang tak nak repeat paper memandangkan subjek pada semester depan lagi tough. So, just tanamkan semangat untuk do better for next semester. I WILL!! and I SHOULD!!

Terima Kasih Allah sekali lagi atas doa yang Engkau perkenankan. Sesungguhnya aku malu pada mu.

Saturday, February 11, 2012

Resepi Macaron

entry kali ni berdasarkan kepada makanan. cuti ini hanya untuk makanan saja yer. bila entah nak kurus. arini turun 3 kilo esok naik 5 kilo. dan berlaku tiap-tiap hari seterusnya. i'm tired. haish.. dan hari ini belajar buat macaron. sebenarnya ni kali kedua belajar buat. maklumlah first time buat, macaron kelihatan sangat menakutkan and totally annoying. so tak patah semangat dan belajar buat lagi. go Insyirah go!


Bahan-bahan :

200gm gula ising
200gm serbuk badam
45gm gula kastor
3biji putih telur (disejukkan selama 1 malam dalam peti ais)
pewarna / perisa

Filing :

200gm gula ising
100gm mentega
1 sudu teh esen vanila
2 sudu teh air panas

cara-cara :

1.   pukul putih telur bersama dengan gula kastor sehingga kembang menggunakan mesin membuat kuih. :) (tak ingat ape namanye) pastikan putih telur betul-betul kembang dan buihnya tak terjatuh.
2.  dalam bekas lain, ayak gula ising dan serbuk badam bersama sehingga sebati.
3.  kemudian, masukkan pewarna "fevret" anda.
4.  seterusnya campurkan gula+badam ke dalam putih telur secara peringkat. kacau guna tangan dan jangan guna mesin.
5.  paipkan adunan ke atas kertas kek bentuk bulatan. pastikan jarak antara bulatan jauh sedikit. tunggu sebentar sehingga adunan rata.
6. akhir sekali, panaskan ketuhar dengan suhu 150'C dan bakar adunan selama 20 minit. biarkan sejuk dan barula boleh cabut dari kertas kek.
7. untuk ising, putar mentega dan gula ising sehingga kembang dan masukkan esen vanila adan air panas.pukul hingga kembang lagi.



This time is much better!! kui3~~



ok.bubye..