Sunday, April 17, 2011

Thinking...?

what the most important thing that i shud think first?


i'm just sick and tired to think enough!!

Friday, April 15, 2011

PHRASE

: : assalamualaikum : :


i love a phrase that give a lot meaning, but we didn't say in true word actually.. hhhmmmmmmm..... ape ntah aku nak cakap ni.....ngeng!!

ok.i borrow this word from my Mr.Manager. even, what he saying to you that make you not to trust for 100% but at least you can take some word that give inspiration or as a your life principle.

the phrase sounds like this :

i need money but i don't need power.

what's that mean actually?? ok. it's mean a lot for me.. some people are busy to chase rank. they do everything to have a high rank in a job or class or wateva. it's not wrong if it is in right way to improve themself to get more better and more success so that people gonna respect them more. but there have some people outside there which is use a wrong way to suppress people so that other people respect them. then other people will give a bad impression to people that suppresses. (ok..ayat macam bahasa tamil sikit.haha)


ok. ape yang nak dicakap sebenarnya adalah..sometimes orang sibuk nak naik pangkat. gila kuasa la. so, mereka akan buat macam-macam contohnya tindas sesorang supaya orang lain nampak budak yang ditindas tu adalah orang yang tak pandai buat kerja. ok.tapi sebenarnya lebih baik cari sesuatu yang boleh datangkan hasil. contohnya tanam strawberi ke. tengok sikit strawberi leh tumbuh ke kat johor camni? haha. ok. i mean lebih baik cari kerja yang mendatangkan duit. one day, bila kita dah mampu bukak empayar kita sendiri, barulah kita rasa seronok sebab orang tahu kejayaan kita. silap-silap orang yang tindas kita tu kerja bawahan kita.



shoot person who love to suppressed other peolpe!!



chaiyok CHIRO!!!!


Friday, April 1, 2011

KERJA OH KERJA!!

: : assalamualaikum : :


kerja oh kerja. sangat tak perasan bila dah 9 bulan aku kerja kat Posim nih. kalau nak pikir balik, rasanya macam baru 2 minggu lepas kene interview dengan Mr. Manager. haha. banyak benda yang baru belajar about bisnes. kalau tengok secara luar, bisnes is easy,,but sebenarnye bisnes sangat susah. macamana nk control sale, mintak payment kat customer cam minta sedekah, about signature, about delay order because of no stock, about misunderstand..it's quite tough u know.haha

walaupun buat kerja yang sama hari-hari dan melantak pesbuk n membuta untuk yang selebihnya, sometimes kerja sangat memboringkan. sumtimes, pernah gak terfikir, kan bagus kita boleh tukar kerja untuk setiap sebulan. boleh ker? berfikir kejap..

tapi syukur sangat, bila aku dapat manager mcm Mr. Manager. walaupun kadang-kadang ape yang dia cakap tu, tak semuanya boleh dipercayai. (kaki auta) tapi he is a good person i have found. jarang nak tengok seorang manager yang boleh bergurau dengan pekerja dia. sumtimes, bila dia da kalah, kami kutuk dia depan2 pun, dia boleh gelak kuat. he's cute. ngeng~~





Mr. Manager selalu pesan, "don't trust anybody around you! boleh berkawan but not to close.sumtimes people would like to take advantage from you. so you must be careful ha sila.." (dia pelat, so he called me sila.....wateva!!)

dia pesan lagi "if sumone talk about u behind u, juz let be, assume as your pocket money and it's gone because u go shopping, as long u r happy" dat's true! sumtimes bila benda ni betol2 happened, ayat dia boleh pakai gak. rse kaya jep sebab dapat duet tapi duet tak nampak la sebab da pegi shopping.haha

apa yang paling susah setakat ni bila nak mintak invoice dari supplier. kau ingat aku heran la kau tak nak layan call aku! ishh..mstla heran. sebab nanti Mr Manager tanya nape tak bill lg.haish..sumtimes diorang wat tak layan jep call. paling hina sekali bila diorang pas-pas call and ending diorang matikan call camtu jep..bongang den!!

walaupun aku tak suka environment kat opis tu di mana ianya terletak di hujung jalan dan aku hanya boleh nampak kawasan rumah indonesia dan hutan yang mempunyai daun2 pokok yang besar melambai-lambai seolah mereka bebas.uisshh..benci arrrhh!

but as long it called work, u have to face it!!!



bye!!

Monday, February 14, 2011

Makanan Ikut Cara Cina

: : assalamualaikum : :


Saya suka masakan ala-ala cina. amboi..sejak bekerja dengan apek-apek ni, suka sangat makan ala-ala cina. sepanjang life 20 tahun, baru bekesempatan nak rasa masakan ala cina. kalau nak pergi makan kat kedai cina, macam susah sikit pasal kita tak tahu halal tak halalnye. so, tak berani lah nak makan. bukan tak nak masak sendiri, tapi susah nak jumpa resepi-resepi masakan cina kat internet (alasan tuu...haha) lagipun tak sama lah rasanye, kalau masak sendiri.macam tak jadi jep.kesiann....

first time makan masakan cina, masa kak nadia (ex-worker POSIM) nak benti keje. Mr Manager belanja makan kat restoran cina, tapi yang masaknya bukan orang cina. masa tu, da rasa jatuh cinta gila dengan masakan cina. sangat lembut, tak berminyak, rasa feel jep gitu.
second time plak masa posim dinner tu. ala time yang menyanyi dengan mimik muka yang menyeramkan tuh..haha..masa tu bertambah-tambah jatuh cinta laaa...
masak sawi cina dengan sos tiram, kari guna cara masak cina style pun lain rasanya dengan kari mamak and kari cara masak melayu, ikan siakap pulak garing tapi tak la terlalu garing, tapi still rasa rangup bila makan, macam-macam lah. jatuh dah air liur bila lidah terasa-rasa masakan cina.


ikan siakap



sawi cina masak tiram




kari cina ala-ala cengini la

 


................. 


memandangkan baru lepas raya cina, the latest aku makan masakan cina bila Mr.Manager belanja makan untuk sekali lagi.awwwwuuuuuu..hepi2!! padahal waktu tu tengah senggugut and da plan nak amek half day then balik rumah. tapi hasrat tak jadi bila diorang cakap ada yee sang. ape tuh??? x pernah makan sebelum ni. yee sang ni makanan tradisi cina masa perayaan cina. rasa teruja menguasai seluruhnya dan membatalkan hasrat untuk balik ke rumah. sebenarnya rasa teruja sebab nak angkat yee sang tu tinggi-tinggi sambil gaulkan kesemua lauk dia. yee sang ni taklah bahaya nak makan, sebab ramuan-ramuan biasa termasuk ikan salmon segar, lobak putih, lobak merah, cili kembung, halia, kaffir lime leaves, parsli Cina, kacang tanah, biji bijan bakar, keropok udang Cina dan tepung lima rempah. Kuahnya diperbuat terutamanya daripad sos plum.see!! semuanya sayuran kan.




uhh...sedapnya!


bangun semua!! yeay! mari kita angkat tinggi-tinggi yee sang ni! hahahaha..walaupun first time makan, rasanya agak menarik jugak. ada rasa manis-manis, masam-masam sikit and masin tidak ketinggalan yer. rasa rangup jugak sebab ada keropok cina di dalamnya. so, xla rasa muak sebab crunchy. oh~sungguh rasa tidak menyesal kerana lepas balik makan jep semua senggugut rasa hilang.orang belanja makan la kan.semuanya best.hahahaha...




pssss : nak ngurat apek-apek yang tau masak masakan cina.haha..gatai!


ok..bubye..

Sunday, January 23, 2011

Kek Cuklat Banjir

: : assalamualaikum : :


erm..tak tau nak mula dengan camne..ok.kali ini nak kongsi pasal Kek Cuklat Banjir. Dari dua minggu lepas macam terasa nak makan kek. So, pujuklah mak dengan bersungguh-sungguh untuk buatkan kek cuklat nih even sebenarnya tak berapa lah nak suka kat kek cuklat. Prefer more to Cheese Cake. yum..yum..yum.. Mak macam malas nak layan sebab selalunya, ending mesti mak yang buat kek tuh sampai siap.haha.ngelat ekk. So, selepas puas pujuk, then mak cakap pergi buat sendiri di bantu dengan buku resepi mak. Takutnya rasa, sebab takut tak jadi. Maklumlah abah tuh suka complain kalau masak tak sedap. Aishhh...oklah.akhirnya terima tawaran mak dengan yakinnya...hahahaha

Sediakan bahan dulu :
i) 500gm tepung optima perisa cuklat
ii) 8 biji telur
Iii) 1 sudu besar overlette
iv) 2 sudu besar susu minum
v) 1 buku mentega

Firstly, ayak tepung, telur, overlette, susu minum sampai kembang. Da betul-betul kembang, kemudian masukkan mentega. Pukul lagi adunan tesebut sampai betul-betul kembang dan sebati. Pastu masukkan adunan ke dalam loyang. Tapi sapu loyang dengan mentega dan lapikkan dengan kertas pelapik kek supaya bila keluarkan kek dari loyang, kek tak akan melekat. Bakar dengan suhu 150 darjah celcius dalam masa 1 jam.


tepung optima, telur, overlette, susu minum


then masukkan mentega



masukan adunan ke dalam loyang

bahan topping cuklat :

i) 200gm cuklat cake
ii) air
iii) gula pasir

untuk lebih sedap, buat topping coklat untuk curah atas kek. cairkan cuklat cake dengan air. biar air didih dulu sebelum masukkan cuklat kek. lepas cuklat cair, masukkan gula pasir. ikut suka hati lu nak manis camane.hee. then curahkan atas kek.


untuk topping cuklat


tarrraaa...nampak cam lazatkan. tabur choco rice untuk nampak cantik..


esoknya, bawak pergi office untuk bagi budak office rasa. tapi aku cakap kat diorang mak yang buat. supaya kalau tak sedap, tak lah rasa malu sangat. tak baik ekk. tapi..tapi..tapi..bila diorang taste, mereka cakap " wah, syira..sedapnyeeee..pandai mak u buat" haha.rasa rugi lak cakap mak yang buat.hehheh...


ok..bubye..






Thursday, January 6, 2011

Dinner Time!!

: : assalamualaikum : :


Kali ini, nak cerita pasal dinner syarikat. 17hb disember 2010, Posim kecoh-kecoh pasal dinner ni. Selepas ditangguh beberapa kali, barulah dinner ni happened. Sebenarnya banyak kali lah aku doakan supaya dinner ni tak jadi. (tu sebab dinner asyik tangguh jep kot.hee) Sebabnya.....kena nyanyi untuk malam tu. Ni semua gara-gara Mr. Manager yang suka menipu aku. Aku yang lurus ni pulak leh percaya 100%. Dia cakap disebabkan aku orang baru dalam syarikat, so aku wajib masuk pertandingan karaoke tu.Pastu dia cakap, staf JB Branch semua dah pernah masuk. PADAHAL!!! dinner tu baru 1st time buat..! ngeng ngeng ngeng... 


cuba teka yg mana satu Mr Manager??

 
Malam tu, ramailah yang pakai cantik-cantik ala model & datin tau.awuuu...tapi aku pakai biasa-biasa jep.oleh kerana aku sangat pemalu (yer! saya pemalu orangnya..) maka aku hanya duduk di sebelah Mr Manager sambil diperkenalkan kepada seluruh warga kerja POSIM.."let's meet my girl" (bunyi cam skandal jep..aishhh). malam tu macam-macam makanan dihidangkan. jadi amoi kejap sebab makanan semua ala china.hee.

Dalam dok tibai makan, hilang sikit nebes nak nyanyi tuh.hehheh.(ko ni syirah..dapat makan jep, ko terus lupa yer)tapi..tapi..tapi..tiba-tiba orang tegur aku." no 4 kan? tunggu kat depan yer.masa da time nih" aish..takut seh.maka aku gerak dengan perlahan ke depan.bila dapat mike, terasa jantung ni nak luruh.muka aku tak payah cerita lah.da terberot sana terberot sini.akhirnya terpaksa menerima hakikat bahawa saya perlu menyanyi pada malam itu!! yeah baybeh! dengan suara terketar-ketar, menggagahkan diri jugak untuk menyanyi. so, bagaimana muka saya ketika itu?


beginilah!! what ashamed!


Keadaannya sangat lah teruk.saya tak suka itu. Menyanyi di khalayak ramai ianya seperti presentation  dalam kelas masa time study dulu. (sambil nyanyi "berdegup jantungku...."). Malam tu aku nyanyi lagi 21 Guns. Lagu tu senang. Sebab tak payah nak dance. Konon nak ambil lagu omputih. Nak eksen la tuh.haha..Tapi bila time nyanyi, suara apa pun tak dengar. :) Tapi Team JB Branch bagi semangat & bunga banyak-banyak masa tengah nyanyi..ohh.thank you dear!


Mr Manager bagi bunga! thanx to Marcus, Dawson, Vincent & Andy too..wee~~


bila dah habis nyanyi terasa nak masuk bilik air, kunci pintu dan duduk lama-lama dalam tu sampai habis dinner.tapi tak boleh! sebab makanan yang sedap-sedap sedang menunggu di atas meja.lalu menebalkan muka pergi duduk balik tanpa pandang sesiapa pun.aish..

bla..bla..bla..

dan kemuncaknya..tibalah pengumuman pemenang karaoke pada malam itu..dan pemenangnya adalah..jeng..jeng..jeng..yer! saya bukanlah pemenangnya.mana mungkin menyanyi dengan suara terketar-ketar bersama mimik muka yang menakutkan akan menjadi juara..ahha. :)
 


tak menang pun dapat hadiah jugak.jangan jeles!

anyway, malam tu sangat seronok.makanan sangat sedap.budak-budak Posim sangatlah baik dan ramah.semua bergembira menari-nari seperti baru mendapat isteri kedua.hahaha.ambil gambar banyak-banyak & upload kat pesbuk.oh.itu wajib!

ok..bubye..

Monday, January 3, 2011

Permulaan Tahun 2011 Yang Tak Indah !!

assalamualaikum...


tahun 2010 dah habis..sekarang da tiba 2011.tambah lagi 1 tahun umur aku.hmm..dah tua yer saya.muka nampak sangat matured seperti umur 27 tahun.TIDAAAAAAAAAAAKKKK!!!
what? 27 tahun...hehheh..dah boleh mintak kawen ni. MAK!! NAK KAWEN!!!

bila new year, semua pasang azam ape best untuk tahun baru.tapi aku tak pernah ade azam baru kalau nak masuk new year.sebab..tak pernah satu azam pun terlaksana setiap tahun.setiap tahun pun sama.sebenarnye menjalani kehidupan seperti orang normal yang biasa tanpa ragu-ragu pun dah kira azam jugakkk..hee

tapi permulaan tahun 2011 ni adalah hari yang tak indah.mengapa?sabtu lepas konon-konon nak sambut birthday abah awal sikit.so dengan duit gaji yang baru masuk (yer..saya sudah bekerja!!)bercita-cita membelikan makanan yang sangat banyak untuk di makan bersama family iaitu KFC + BIG APPLE + KEK BUAH + AUNTIE ANNE. makanan sangat banyak dan rasa seperti semua pun wajib di makan!hehe. keesokan hari ahad, pun bercita-cita masakkan abah something special (masak soto nasi jep pun..) abah tak lah makan banyak mana pun.aku yang tukang melantak dan hasilnya, bila malam menjelma, perut sangat meragam..masuk keluar tandas banyak kali tidak terkira.

bila pagi isnin, rasa berat nak pergi kerja.tapi bila terkenangkan banyak cek nak settle kat ofis, lalu menggagahkan diri pergi jugak. HIDUP INSYIRAH!!! :P. tapi tak lah gagah mana pun,amek half day pastu.ahaha.balik rumah terus terbongkang sampai petang.dan hari ini hari selasa, terasa sangat la malas nak pergi kerja dengan perut yg meragam lagi.tapi mak suruh pergi klinik.malasnya nak pergi!!tapi saya anak yang baik yang ikut cakap mak (kadang-kadang jep dengar cakap).bila sampai klinik, doktor cakap aku kena gastrik.hah? sangat terperanjat. " eh doktor, selalunya orang yang kena gastrik ni sebab dia tak makan or lambat makan.tapi orang yang kuat makan and selalu overtime makan ni pun leh kena gastrik?..lalu doktor sengih sambil tutup mulut guna tangan..(dalam ati : owh..doktor perli saya yer..tak nak datang klinik doktor lagi! uhh!)



ubat gastrik? bagilah mentos ker apollo ker..uhh!



thx yer bagi MC!! haha




ok..bubye..