Even baru 3 bulan berlalu tapi still rasa bahang kebahagiaan di Taiwan. sonok baq ang!! teringat masa tu semua bersinar-sinar kebahagiaan terpancar di wajah sebab nak berjalan jauh pergi negara orang. Mereka cakap boleh jumpa artis Taiwan. hallaaah..dok Malaysia pun payah nak jumpa artis Malaysia. Ok. mohla kite cerita yop..
malam tu kami praktis untuk terakhir kali tarian yang akan dibawa ke Taiwan. semua dah malas sebab dah terlalu excited nak pack barang pergi Taiwan. Berlatih pun sebab Sir Ammar nak tengok. Takpelah demimu cikgu. habis jep praktis tarian pukul 1.30 pagi, semua laju jep balik rumah packing barang. memang tak tidurlah jawabnya sebab masing-masing rasa excited.
seawal jam 5 pagi, kami naik bas UiTM sampai lah ke LCCT. Baik UiTM ni ekk bagi bas free. sampai di LCCT, kami check-in passport dan bagasi. kecoh sekejap bila muatan bagasi terlebih dan terpaksa tambah duit dan dengan beberapa antara kami yang lupa check-in passport dah berterabur pergi solat dan makan. pening kepala. tapi apa nak moody, chill la nak jalan jauh ni kan. huhu. ok. lepas settle solat dan makan, meh posing sikit ambil gambar dekat LCCT (tak kelas langsung sebab naik Air Asia pergi luar negara). hahahaha.
|
wajah kegembiraan riang ria raya :)
|
ok. masa untuk pelepasan pula. Kami naik Air Asia. tapi Sir Ammar dan Sir Irzan naik MAS. masa penerbangan kami cuma selang 1 jam lebih. waktu ni berkenalan dengan Indra. Indra ni our tour guide from Malaysia. baik sangat. cakap pun lembut jep.
berada di dalam kapal terbang selama 4 jam cukup memenatkan. bukan boleh berjalan-berjalan pun. paling-paling masuk tandas 3 kali. hahaha. rasa nak tidur pun tak boleh sebab yelah faham-faham jep lah kalau perasaan excited nak sampai Taiwan itu dah menyelubungi seluruh jiwa dan raga. Jadi, memekak jep la duduk dalam kapal terbang. senyap sekejap bila dapat makan Nasi Lemak Pak Nassir. Serius! Kacang goreng tu pun terasa sedap. Miahahahahahaha...
Ok. Akhirnya sampai jugak ke Taiwan seperti yang diimpikan daripada semester 4 lagi. Sejuk seperti di Cameron Highland. Turun daripada kapal terbang, tour guide kami yang akan bawa kami jalan-jalan di Taiwan, Miss Lilin dah siap tunggu. Kami dibawa menaiki bas. Dan masalah muncul lagi bila Sir Ammar dan Sir Irzan tak muncul-muncul. Perut dah lapar tahap giler yang buat untuk maki orang ni. Hampir 3 jam kami tunggu. Semua dah rasa letih, lapar dan ngantuk. Program yang sepatutnya dilakukan pada hari pertama terpaksa dibatalkan. Batal pun batallah. Janji bawak kami pergi makan.
|
Muka penat tunggu. Pose still pose! |
|
Muka happy dapat makan. Yeay!! |
|
Makanan halal di Restoran Yunus. Ada daging kisar goreng, ikan siakap stim, lobak putuh, ayam hiris goreng bawang, asparagus, dan telur dadar. sebab lapar, nasi putih pun nampak sedap.
|
ok. disebabkan banyak program terpaksa dibatalkan disebabkan miss communication, so we plan to check-in hotel at Ferrari Hotel and have a leisure time. 1 bilik 4 orang. so, aku kongsi bilik dengan Amira, Ina dan Perez. Bilik dia besar giler and very comfort. 1 katil boleh kongsi 3 orang sebab besar sangat.
|
masuk bilik terus terjah katil. Comforter very comfort la. gebu memang rasa tak nak bangun-bangun sok pagi untuk buat aktiviti apa-apa pun. hahahaha. miss so much the katil |
lepas susun atur bilik da tukar baju, kami decide nak jalan-jalan untuk pusing area around hotel. tak berani pergi jauh sangat sebab tempat tak familiar. kebanyakkan jalan yang kami lalu, nampak pelacur-pelacur bersepah-sepah. mungkin cari rezeki untuk famili kan. hehh! tapi tempat yang paling dilawati malam tu adalah seven eleven! best giler seven eleven Taiwan ni. Rasa comel sangat. hahahha
|
snack and juice are too cute |
|
kasut murah giler dan rare! susah nak jumpa kasut stylo camni weyh |
|
malam sejuk yang dingin |
|
oh gambar macam reunion sekolah ini sangatlah pelik. hahaha |
dan...................terlalu penat. go back hotel and sleep :)
No comments:
Post a Comment