Friday, July 26, 2013

Relationship

Relationship means "hubungan".

dalam peningkatan umur yang semakin meningkat ketuaan, saya mula sedar bahawa saya perlu mencari sebuah perhubungan kasih sayang yang sangat serius. yer, buku bisnes tak keluarkan ayat macam gini la ekk. asal kau mula cakap macam singapore style la ekk? bahahahaha..

tetapi semakin meningkat umur, susah nak cari seseorang yang kita rasa betul-betul comfort. that's mean we belong together. boleh bertolak ansur, saling faham mengerti, kongsi cerita, faham masalah, belikan set makeup NARS + LANCOME + ETUDE HOUSE, masak bubur bila sakit, gosokkan gigi bila malas, masukkan duit ke dalam ATM mesin bila tengah pokai. ok enough! that's enough!

rasa nak serasi itu adalah sangat payah. kadang-kadang susah nak bertolak ansur. hal kecil pun boleh jadi gaduh besar, cakap lama-lama dalam telefon pun boleh jadi marah, cakap salah sikit pun dah touching giler. kadang-kadang gaduh sampai berhari-hari tak nak angkat call dan jawab sms. sebab dua-dua pun ada rasa sifat ego yang maksima. sifat rasa nak mengalah tu nipis sangat sebab masing-masing rasa diri mereka betul.

Mak selalu pesan, dalam waktu umur yang cengginilah kena rajin-rajin minta doa kat Tuhan supaya Tuhan jodohkan kita dengan orang yang beriman, sayang keluarga dia dan sayang kita, boleh faham kita, penenang setiap masalah, penyabar. tapi kerana sembahyang pun selalu cilok mencilok maka doa itu telah jarang dilakukan. begitu teruk engko ni INSYIRAH!!!!

kawan selama manapun kalau jodoh kita sudah ditentukan, tak usah lah bersedih. Tuhan bukan temukan kita dengan orang yang salah. Tapi Tuhan nak kita belajar cara menghargai orang dengan lebih baik, belajar cara mengawal emosi dalam perhubungan, memberi pengalaman bagaimana rasa cinta dan sayang, belajar cara mengenal diri kita dengan mengenal orang lain.

Ok Insyirah! Engko cakap memang pandai. lepasni engko lah yang kena berubah! :)







MAK NAK KAHWIN PLEASEEEEEEEEEEEEEEEEEEE!!!!! 
NAK ANAK!!!!!





No comments:

Post a Comment