Monday, July 29, 2013

Internship

Tak sangka sekejap saja masa berlalu. Habis dah sesi baca buku untuk degree. Rasa macam baru minggu lepas daftar masuk UiTM, kelam kabut cari rumah sewa, kenal Melaka, kenal kawan-kawan seperjuangan. Jadi sekarang ni untuk pelengkap degree ni kenalah buat praktikal. And today..........is my first day of practical.

Since dapat praktikal kat Hush Puppies di Glenmarie, Shah Alam, bagi menjimatkan ongkos sara hidup, aku ambil keputusan untuk duduk jep dengan abang kat Kota Damansara. Jimat weyh! Tol ulang alik pegi kerja pun abang support. sewa rumah tak payah. malah makan pun free. yeeeeeeehaaaaa!!!!! :P tapi nanti kalau dah bergaji nak jugaklah belanja abang makan. baik tak? baik tak?


So, this is me! The lazy girl of today! muka pun sememeh mintak kena rebus.


malam dah prepare gosok baju dan tidur awal. takut esok rasa tak cukup tidur mula lah nak moody tak tentu pasal. bangun seawal 7.30 pagi dan siap-siap sampai pukul 8.05am. lepastu tak tahu nak buat apa. takut gerak awal, sampai awal dah tercongok depan pagar. oh lupa nak bagitau. aku masuk kerja pukul 9.30 pagi. tapi balik pukul 6.30 pm. tapi dalam pada bawa kereta slow giler takut sampai awal, tapi tersampai awal juga. sebaik Izzat dah sampai. Buat peneman sekejap. Padahal dua-dua nebes baq ang!



Relax la Izzat! praktikal jep pun. Hahaha


Ok. masuk-masuk office jep, ada satu staff amoi bawak Izzat pergi warehouse sebab Izzat duduk warehouse department. then aku pula di bawa ke tingkat 2 untuk berkenalan dengan department aku. Tapi disebabkan malam semalam, Hush Puppies adakan warehouse sales sampai pagi, maka semua staff datang pada pukul 11 pagi. Jadi, tercongoklah aku disitu. Tapi Miss Diana baik. Dia bagi semua majalah yang dia ada untuk dibaca. Bila dah nak pukul 12.30 dah rasa boring. sebab tak ada kerja nak buat mula la mata layu. Tak boleh tidur Insyirah!! Ini hari pertama. Tunjuk tauladan sikit! ok..tunjuk..tunjuk..tunjuk..

Then, berkenalan dengan amoi comel. Nama dia Sakki. tak ada gambar sebab belum berani nak snap. sebab baru berkenalan. kang dia ingat nak ambil gambar dia buat fake pesbuk! eee...perasan la. Sakki is so cute with her hair clip. rambut pendek. kurus tinggi. comel sangat. ok. bila dah berkenalana, banyak pulak lah engkau bagi kerja yer Sakki. (macam saka pulak aku sebut nama budak ni..hahah)


Quality control. Check date delivered and receipt


Filing OPKOS! budak praktikal memang tak lari dari filing mem'filing' ni. hahaha


Separate PO follow company


Ini adalah stationery yang telah dicuri oleh Sakki dari Kam untuk saya. Kesian Kam. :)


Kam ni pun baik. dia banyak ajar guna sistem yang syarikat pakai. dan dia baik sebab tolong kemas meja saya yang bersepah. thank you Kam! you too cute like Sakki. Then bila jam dah pukul 5.30pm, cepat-cepat lah kemas barang nak balik. Pegang stereng kereta terus rasa happy. tapi bila dekat selekoh....bapak lah jam kot! 1 jam kat Shah Alam seumpama baiklah aku balik pukul 6.30pm. memang tension giler. rasa culture shock sangat-sangat sebab kereta berasak-asak nak keluar. dengan pemandu yang rude and selfish. memang bermaki-maki jep lah mulut aku dalam kereta ni. dalam pada jam tu, sempat lagi nak singgah bazaar ramadhan beli kuih. haish..then sampai rumah betul-betul dah waktu azan. so, memang duduk melangak makan lah kan.

Rasa letih sangat. lama tak rasa letih. Bila rasa letih dan penat macamni, rasa nak peluk mak kuat-kuat dan cerita rasa penat hari ni. tapi mak jauh. boleh mesej jep. bila da mesej mak, rasa sedih pulak. mula lah nak menangis sebab rasa rindu mak sangat.




bila rasa rindu sangat, pergi mandi dalam bilik air sambil nangis. dah lega baru keluar bilik air. lepastu pakai bedak Johnson&Johnson bedtime, gel lotion Johnson&Johnson, dan deodorant Pearl Beauty Nivea barulah rasa tenang sebab dah dapat bau mak. 
(----> malu betul cerita macamni,budak gembeng!)


ok. nak sleep. bye

No comments:

Post a Comment