lambat betul nak update cerita pasal Taiwan ni. Bajet macam pergi United Kingdom.
Pagi-pagi lagi dah berebut bilik air untuk mandi. Lagilah aku ni. Dah tau siap lambat bangunlah paling awal. Tapi apakan daya, comforter terlalu indah untukku. Jadi lupakan hasrat untuk bangun awal. Pagi ini berpakaian tradisional Malaysia. Makeup cantik-cantik. Dan tak lupa juga makeupkan budak bilik sekali. Rare tak jadi mak andam kat Taiwan? Ko hado? Sarapan pagi kami di hotel saja. Memandangkan ini Taiwan, jadi menu dia berunsurkan kaki pendek lubang hidung besar tu. Hoi!! sah-sahlah kena tahan iman padahal lalu tepi menu rasa membara perasaan nak curi seketul tang hidung. Bahahahha. Ok. Yang ni gurau. Masih mampu bertahan lagi ok. Tapi still ada menu lain lagi yang boleh di makan.
|
Cornflake susu, jus oren, roti bakar, telur goreng, cheese slice, bun with strawbery jem, nasi jagung |
Pagi itu, kami mulakan aktiviti dengan bismillah. Ecccehh... Program pagi untuk hari kedua ni adalah melawat ke Universiti Tamkang. Universiti ini adalah universiti yang terbaik di Taiwan. mereka cakaplah terbaik. Tapi tak tau pula kalau sama pe'el macam budak UiTM Bandaraya Melaka tu. Bahahhaha..dan tugasan kami adalah mempersembahkan dua tarian tradisional Malaysia yang dok praktis setiap malam seumpama tak ada assignment, kuiz, test, exam dan presentation sepanjang semester. Sighh.. Tapi apa yang terkejut mak engko sangat bila persembahan tarian itu adalah yang terbest dan termacho yang pernah kami buat better than persembahan depan reaktor sampai kena tegur.
|
Gambar di hadapan Pejabat Pentadbiran University Tamkang |
|
Ni la rupa menarinya. Hebat tak? |
Selepas menari kami menuju ke dewan untuk sedikit perbincangan antara universiti dan pihak kami tentang soal jawab mengenai Universiti Tamkang. Kononnya untuk tambah pengetahuan. Tapi aku rasa ramai yang dok mencekikbuah tembikai susu dan mangga potong depan mata. Zabedah betol mereka ini.
|
Perbincangan lah sangat dik oii |
Kemudian kami di bawa ke muzium kapal yang digunakan semasa perang-perang dahulu kala. Cantik gila kapal-kapal yang diukir menggunakan kayu. Impress jugalah. Dalam muzium tu pun sama juga. Ramai dok main dan tangkap gambar. Termasuklah aku, geng, dan pensyarah pengiring. Kesian dekat amoi tu. Sungguh-sungguh dia terangkan kat kami.
|
Ini kapal. Banyak lagi sebenarnya. tapi tak larat nak cari gambar-gambar lain. |
|
Bukti. |
Keluar dari Universiti Tamkang, semua lapar giler. Mana cukup weyh telan buah potong jep. Jadi Miss Lilin bawa kami ke Beef Noodle Soup Restaurant. Restoran ni halal sebab Cina Muslim punya. Beef noodle ni rasa dia pelik sikit. Sebab bau hanyir. Kalau minta yang spicy beef noodle baru tak terasa hanyir. Tapi sebab dah lapar sangat, makan sajalah. Tak boleh pilih-pilih kalau dekat perantauan ni. Nanti kebulur. Kemudian kami dibawa ke Gift Shop. Tapi tak ramai beli apa-ape. Barang dia terlalu mahal cekik leher mati hidup semula pastu mati balik.????? Tapi. Kami berpeluang rasa teh Taiwan. Teh ni bagus sebab boleh untuk diet, bersihkan darah dan apa ntah sebab aku tak dengar pun.
|
Muka tunggu makan |
|
Beef Noodle Soup |
|
Teh |
Aktiviti seterusnya adalah melawati Maokong Gondola. Lebih kuang macam Genting, tapi ada 4 perhentian. Dan setiap perhentian boleh turun ambil gambar. Tapi pemandangan dia sangat cantik dari atas sebab boleh nampak april snow. Ianya bukanlah sejenis salji gumpal-gumpal baling kat orang dan orang tu pun menjerit dan kemudian dia pun gumpal-gumpal juga dan baling kat orang yang baling dia tadi. Tapi april snow ni bunga-bunga yang mekar berwarna putih di sebalik pokok hutan menghijau.
|
Sticker masuk gondola |
|
Dari puncak dan perhentian terakhir |
|
April Snow |
Ok. Kemudian kami menuju ke Taipei 101. Salah satu bangunan tertinggi di dunia. Keistimewaannya ialah bangunan ini mempunyai lif yang mampu membawa pengunjung daripada tingkat bawah ke tingkat 89 dengan hanya kurang daripada 39 saat. Dari atas, kami dapat melihat panorama Taiwan waktu malam. Cantik siot. hee..
|
Menara Taipei 101 waktu siang dan waktu malam. Warna lampu adalah berbeza setiap hari. |
|
Layan Izzat beli tshirt Taiwan |
|
Baru nak feeling Taipei Next Top Model. ganggu la Aqil ni! |
Untuk makan malam, kami di bawa ke restauran Pakistan. Ni pun rare jugak. Pergi Taiwan tapi makan makanan Pakistan.
|
Muka letih giler. Makan tetap makan |
|
Nasi Jagung, Mi Goreng, Kuah Dal, Daging Kisar Black Pepper with Teh Tarik. terbaik!! |
Ok. Dah melantak kenyang-kenyang, balik hotel prepare for tomorrow then membongkang. Penat habaq ang...
No comments:
Post a Comment