Saturday, August 24, 2013

Day 4 : Taiwan Aku Datang

hari keempat di Taiwan. Macam biasa sarapan pagi di hotel. Cornflake susu with Orange Juice. Pagi ni kami mulakan aktiviti melawat Chiang Kai Shek Memorial Hall. Balai Peringatan Demokrasi Taiwan ini merupakan tindakan pemerintah Chen Shuibian untuk menghilangkan pengaruh Chiang Kai Shek yang merupakan anti demokrasi. Kami tiba di memeorial hall pada pukul 9.30 sebab Miss Lilin cakap dia nak kami tengok persembahan pertukaran pengawal yang menjaga makam Chiang Kai Shek pada pukul 10 pagi. Maka semua berlari2 naik ke memorial hall. Dahlah tangga dia kecil, banyak, tinggi plak. Memang semput lah bila sampai atas tu. Tapi bila tengok persembahan tu, rasa macam teruja giler. 


Pertukaran pengawal


Bersama Sir Irzan



















Banyak sangat gambar untuk kenangan. Semua pun cantik-cantik. Tapi tak larat nak post semua kat blog. Gambar berlompat, berlari buat rasa penat giler kat memorial hall ni. Kami ambil masa lebih kurang 2jam dekat sini. Memandangkan hari keempat ini dalah hari jumaat, jadi Miss Lilin bawa kami untuk bersembahyang di salah satu masjid terbesar di Taiwan. Kami tiba awal di masjid sebelum azan. Jadi, aku ajak Fatin teman aku tukar duit USD ke Taiwan untuk pakai bila ada emergency. Mana tak cukup kalau asal jumpa 7 Eleven jep mesti shopping. Haishh. Rasa best bila Arif dan Izzat nak ikut. Rasa selamat sikitlah berjalan bawa bodyguard. Ini kan tempat orang. Pandai-pandai jep nak berjalan berdua anak dara. Then bila toleh belakang nampak pula si Aqil dan Syaza. Ok. Dah cukup Geng Pisang.

























Dah tukar duit and shopping kat 7 Eleven, kami patah balik ke masjid sebab nak sembahyang. Kat depan masjid ada 1 burger daging lagi sedap dari McDonald. Rotinya cruncy, daging ayamnya juicy, rasa dia sedap sangat. Harga dia dalam RM5.50. Tapi harga rasa berbaloi dengan rasanya.


Burger sedap!



Sungguh makan sebab sedap giler!


Dah selesai solat, kami menuju ke National Palace Museum Taipei. Tempat ni menyimpan 700,000 barangan purba dan sejarah yang berusia 7000 tahun dan kebanyakannya digunakan oleh keluarga diraja Cina pada zaman dahulu. Terdapat juga artifak-artifak yang dipamerkan seperti jed, seramik, kulit kura-kura, buku-buku dan barangan gangsa. Penerangan dalam bahasa mandarin, tapi kalau tak faham boleh gunakan juru alih bahasa dalam bahasa inggeris ataupun Perancis. Kalau nak request bahasa melayu, korang boleh pergi blah. Bahahahahha. Tak banyak gambar dalam muzium ni sebab kami dilarang untuk membawa masuk kamera. Jadi masing-masing tinggalkan kamera dalam bas.


National Palace Museum Taipei












Untuk bahagian shopping souvenir. Miss Lilin bawa kami ke Shilin Night Market. Kat sini baru rasa seronok nak shopping. Sebab murah, menarik tertarik kau da bomb. Shopping pun tak payah macam running man. Sebab banyak masa. Dan disebabkan banyak masa untuk shopping, tak sempat pun nak ambil gambar sebab masing-masing pulun cari souvenir nak bawa balik Malaysia. Kalau tengok makanan diorang lagi lah terliur. Snack kat Taiwan ni nampak tempting. Tapi kami was-was dengan kehalalannya, maka ia juga turut dipandang sepi. Dekat sini dapatlah grab keychain, tshirt, handbag, bag pocket dan phone casing untuk abah. 







Snow Ice Mango


Tak cukup dengan itu, kami pergi pula shopping dekat Ximenting. Kat Ximenting ni pun best juga untuk shopping. Tapi tak banyak beli sebab dah banyak habis shopping dekat Shilin Night Market. Tapi terjumpa pula Etude House. Dapat grap 1 lipstick. Kalau kat Malaysia harga dia RM53. tapi kat Taiwan harga dia cuma RM28. Baloi la beli.






Sedang dok shopping, tiba-tiba kelam kabut semua peniaga jalanan berlari bawa beca niaga mereka. Peliklah juga ada rompakan ke ape. Rupanya polis buat serbuan sebab mereka ini tak ada permit atau lesen untuk berniaga. Kebanyakkannya mereka ni berniaga lebih murah daripada peniaga yang berlesen. Jadi tentulah peniaga yang berlesen ni marah sebab barang mereka tak laku. Bila tengok keadaan tu, rasa geli hati pula dengan keadaan kelam kabut mereka berlari dan tak hirau orang sekeliling.

Malam terakhir di Taiwan ni, Sir Ammar cadang untuk membuat majlis pertukaran hadiah dia antara rakan sekelas. Dan masing-masing dah bersedia dengan gift mereka. Termasuklah aku. Majlis dimulakan dengan membaca doa dan sesi komen antara rakan sekelas. Kemudian nama dicabut untuk memastikan siapa bakal mendapat hadiah kita. Aku dapat hadiah daipada shahirah iaitu frame bergambar betingkat yang ada hiasan kerang. Dan hadiah aku diterima oleh Suzila Amira iaitu dompet. 



Sebelah kiri shahirah dan sebelah kanan amira.


Selesai majlis, masing-masing balik ke bilik dan kemas barang untuk pulang ke Malaysia. rasa sekejap sangat perjalanan di Taiwan even kaki da sakit membengkak. Sebaik ada Fatin yang prihatin dan memberi stokin healing pada aku. Terima kasih Fatin.



No comments:

Post a Comment