Friday, August 23, 2013

Day 3 : Taiwan Aku Datang

Ok. Untuk hari ketiga ni, aktiviti kami adalah melawat Duta Malaysia di Taiwan. Ini pun dikira sebagai sesi pembelajaran yang bertujuan untuk mengetahui peranan sebenar duta kerajaan ni. Jika ada apa-apa berlaku pada kita dekat negara luar tu, duta kerajaan ni lah yang akan handle. Kalau nak minta tolong macam visa kena sekat, passport hilang, takde duitke, rindu mak ke, rindu along ke, rindu mak itam ke, serius bolehhhhh….kenaaaa tipu. Haha. Dalam dok mendengar, tapi aku rasa ramai yang dok fikir nak makan ape lepasni. Lapar kot. Kami disajikan dengan nasi lemak ori dari Malaysia. Ohsem giler! Rasa macam lama sangat dah merantau kat Taiwan ni. Macam lama giler tak jumpa nasi lemak. Baru terasa Malaysia ni best! Ramai jugalah yang bertambah. Paling best sambal sotong. Masing-masing kaut tak hengat.


Gambar depan nasi lemak


Gambar formal sikitlah.


Gambar depan hotel Ferrari


Pishang!

Selesai solat dan tangkap gambar, kami gerak ke Eslite Bookstore. Eslite Bookstore merupakan sebuah galeri buku yang terbesar. Dalamnya macam library. Banyak sangat buku. Tapi kebanyakannya tulisan dalam bahasa cina. Sebab tak ramai orang cina di Taiwan pandai bertutur bahasa inggeris. So, tengok gambar jeplah. Kalau nak pusing 1 kedai buku ni memang takkan habis 1 hari sebab terlalu besar dan bertingkat. Oleh kerana aku bukanlah pencinta buku yang sejati, maka buku-buku tadi hanya dipandang sepi. Bahahahha.. (kalau mak aku tau ni…..)


Eslite Bookstore







Fatin. me. Syaza



Muka boring masuk kedai buku



Ok. Dah habis usha buku, kami gerak ke Digital Plaza. Digital Plaza ni pula merupakan plaza yang menjual segala gadget-gadget yang anda kenali. Contohnya smartphone, laptop, camera, PSP, power bank, dan sebagainya. Harga dia boleh tahan murahlah daripada Malaysia sebab kebanyakan gadget ni manufacture dari Taiwan sendiri. Aku tak beli ape-ape sebab tak meruntukkan wang untuk beli gadget. Jadi me and Pishang Geng berjalan-jalan di luar plaza dan berfoye-foye menghabiskan wang di 7 eleven. Yang tu maybe lagi berbaloi-baloi kot kalau nak spent. Banyak jugaklah gambar sebab masing-masing pegang DSLR. Waktu ni berjaya tarik seorang lagi masuk Geng Pishang sebab lulus buat trademark kami.


Digital Plaza



















Dah habis usha gadget, kami gerak ke shopping railway. Dia macam shopping bawah tanah. Dan banyak giler laluan dan boleh sosek. Dekat sini ada jual souvenir macam keychain, tshirt, baju, beg dan macam-macamlah yang boleh gebang kat orang lain yang engko dah pergi oversea. Tapi kami diperuntukkan masa untuk shopping. Maka terjadilah episode running man shopping sebab semua kejar masa. Tak dan dah nak belek-belek. Suka terus angkat jep. Kat sini, aku dan Fatin sesat sebab salah masuk laluan. Memang panic lahkan. Lastly kami giveup dan kami keluar jep dari railway station. Elok jep keluar bangunan tu, rupanya depan tu jep hah tempat berkumpul balik. Punyalah pusing tembus laluan lain.

Untuk makan malam, kami dibawa ke restoran yang sama iaitu Restauran Halal Yunus macam hari pertama sampai di Taiwan. Makanan pun makanan yang sama. Jadi, tak payah ceritalah ok. Aku ni dahlah busy. Nak update entry-entry pergi Taiwan ni pun tak habis-habis. Dah kenyang makan, kami balik hotel untuk leisure time.

Tapi tak kan nak duduk hotel jep dah melancong ni kan. Jadi, kami sekawan pakat untuk usha tempat shopping. Sebab masing-masing risau tak beli ape-ape lagi souvenir. Aku dapat grab satu boot ni. Harga NT350 bersamaan RM35. Tapi satu kejadian ngeri berlaku bila aku da melanggar pantang di Taiwan iaitu bertawar harga pada hal tak berniat nak beli pun. Kena pula dengan amoi Gangster. Kalau tak beli barang dia, dia takkan lepaskan aku keluar dari kedai dia. Sampailah aku jerit panggil Arif dengan harapan dia akan takut. Tapi dia tak takut pun dengan Arif tu. Arif pula yang takut dengan dia. Maka atas kesilapan itu, yer….aku membelinya jua. Takpelah beg tangan pun. Buat hadiah untuk mak.



Balik hotel, prepare for tomorrow then kroooohhhhhh krooohhhhhh….                

No comments:

Post a Comment