Saturday, August 24, 2013

Day 5 : Taiwan Aku Datang

Hari kelima adalah hari terakhir kami di Taiwan. Sedih menyelebungi jiwa dan raga. Bukan sebab sedih meninggalkan Taiwan. Tapi sedih sebab tak merasai cuti semester pada kali ini. Balik-balik Malaysia, esok dah mula kelas. Alahai. Kalau jetleg camne weyh?

Pagi tu liat giler nak bangun sarapan. Sebab masa berkumpul adalah pada pukul 12.00pm. Meggi beli dekat 7 eleven pun tak habis makan. Jadi plan makan tu jep lah buat sarapan dan lunch sekali. Bangun, pergi mandi, pakai baju, make up. Kemudian cek balik barang-barang yang tertinggal. maklumlah aku ni suka kemas last minute pastu bising tertinggal barang. Sebaiklah muat simpan barang dalam 1 beg. Kalau tak jenuhlah nak beli 1 beg lain bawa balik Malaysia.


Sebelum naik bas, kami bergambar kenangan di hadapan Hotel Ferrari.






Next, bas gerak ke lapangan terbang Taiwan. Yeay!! dah nak balik Malaysia. Kami tunggu untuk check-in barang dan check passport. Masa ini ada satu mamat Cina pelik. Dia dok tengok kami dan beg-beg kami. Kemudian dia duduk di kalangan kami dan melilau mata. Takut jugalah kalau-kalau dia nak letak dadah dalam beg kami. Mau tak balik Malaysia ni. 





Dalam flight, kami duduk sepah-sepah sebab nombor tempat duduk tak sama. Tapi ramai yang tidur. Mungkin sebab penat giler. Termasuklah aku ni. Sampai Arif tegur aku bedengkur dalam flight. Malu giler. Sebaik duduk sebelah Nurul. Hehheh.. Dalam flight semua lapar. Bila nak order Nasi Lemak Pak Nassir dah habis pulak. So, kami order Nasi Curry Thai. Boleh tahan sedap. Tapi tak puas sebab sikit sangat nasinya. Bila turun flight, kami cakap dekat pakcik bas UiTM yang kami nak singgah makan kat RnR Seremban. Bila nampak KFC, semua jadi jakun. Maklumlah. 5 hari tahan nafsu KFC. 


Day 4 : Taiwan Aku Datang

hari keempat di Taiwan. Macam biasa sarapan pagi di hotel. Cornflake susu with Orange Juice. Pagi ni kami mulakan aktiviti melawat Chiang Kai Shek Memorial Hall. Balai Peringatan Demokrasi Taiwan ini merupakan tindakan pemerintah Chen Shuibian untuk menghilangkan pengaruh Chiang Kai Shek yang merupakan anti demokrasi. Kami tiba di memeorial hall pada pukul 9.30 sebab Miss Lilin cakap dia nak kami tengok persembahan pertukaran pengawal yang menjaga makam Chiang Kai Shek pada pukul 10 pagi. Maka semua berlari2 naik ke memorial hall. Dahlah tangga dia kecil, banyak, tinggi plak. Memang semput lah bila sampai atas tu. Tapi bila tengok persembahan tu, rasa macam teruja giler. 


Pertukaran pengawal


Bersama Sir Irzan



















Banyak sangat gambar untuk kenangan. Semua pun cantik-cantik. Tapi tak larat nak post semua kat blog. Gambar berlompat, berlari buat rasa penat giler kat memorial hall ni. Kami ambil masa lebih kurang 2jam dekat sini. Memandangkan hari keempat ini dalah hari jumaat, jadi Miss Lilin bawa kami untuk bersembahyang di salah satu masjid terbesar di Taiwan. Kami tiba awal di masjid sebelum azan. Jadi, aku ajak Fatin teman aku tukar duit USD ke Taiwan untuk pakai bila ada emergency. Mana tak cukup kalau asal jumpa 7 Eleven jep mesti shopping. Haishh. Rasa best bila Arif dan Izzat nak ikut. Rasa selamat sikitlah berjalan bawa bodyguard. Ini kan tempat orang. Pandai-pandai jep nak berjalan berdua anak dara. Then bila toleh belakang nampak pula si Aqil dan Syaza. Ok. Dah cukup Geng Pisang.

























Dah tukar duit and shopping kat 7 Eleven, kami patah balik ke masjid sebab nak sembahyang. Kat depan masjid ada 1 burger daging lagi sedap dari McDonald. Rotinya cruncy, daging ayamnya juicy, rasa dia sedap sangat. Harga dia dalam RM5.50. Tapi harga rasa berbaloi dengan rasanya.


Burger sedap!



Sungguh makan sebab sedap giler!


Dah selesai solat, kami menuju ke National Palace Museum Taipei. Tempat ni menyimpan 700,000 barangan purba dan sejarah yang berusia 7000 tahun dan kebanyakannya digunakan oleh keluarga diraja Cina pada zaman dahulu. Terdapat juga artifak-artifak yang dipamerkan seperti jed, seramik, kulit kura-kura, buku-buku dan barangan gangsa. Penerangan dalam bahasa mandarin, tapi kalau tak faham boleh gunakan juru alih bahasa dalam bahasa inggeris ataupun Perancis. Kalau nak request bahasa melayu, korang boleh pergi blah. Bahahahahha. Tak banyak gambar dalam muzium ni sebab kami dilarang untuk membawa masuk kamera. Jadi masing-masing tinggalkan kamera dalam bas.


National Palace Museum Taipei












Untuk bahagian shopping souvenir. Miss Lilin bawa kami ke Shilin Night Market. Kat sini baru rasa seronok nak shopping. Sebab murah, menarik tertarik kau da bomb. Shopping pun tak payah macam running man. Sebab banyak masa. Dan disebabkan banyak masa untuk shopping, tak sempat pun nak ambil gambar sebab masing-masing pulun cari souvenir nak bawa balik Malaysia. Kalau tengok makanan diorang lagi lah terliur. Snack kat Taiwan ni nampak tempting. Tapi kami was-was dengan kehalalannya, maka ia juga turut dipandang sepi. Dekat sini dapatlah grab keychain, tshirt, handbag, bag pocket dan phone casing untuk abah. 







Snow Ice Mango


Tak cukup dengan itu, kami pergi pula shopping dekat Ximenting. Kat Ximenting ni pun best juga untuk shopping. Tapi tak banyak beli sebab dah banyak habis shopping dekat Shilin Night Market. Tapi terjumpa pula Etude House. Dapat grap 1 lipstick. Kalau kat Malaysia harga dia RM53. tapi kat Taiwan harga dia cuma RM28. Baloi la beli.






Sedang dok shopping, tiba-tiba kelam kabut semua peniaga jalanan berlari bawa beca niaga mereka. Peliklah juga ada rompakan ke ape. Rupanya polis buat serbuan sebab mereka ini tak ada permit atau lesen untuk berniaga. Kebanyakkannya mereka ni berniaga lebih murah daripada peniaga yang berlesen. Jadi tentulah peniaga yang berlesen ni marah sebab barang mereka tak laku. Bila tengok keadaan tu, rasa geli hati pula dengan keadaan kelam kabut mereka berlari dan tak hirau orang sekeliling.

Malam terakhir di Taiwan ni, Sir Ammar cadang untuk membuat majlis pertukaran hadiah dia antara rakan sekelas. Dan masing-masing dah bersedia dengan gift mereka. Termasuklah aku. Majlis dimulakan dengan membaca doa dan sesi komen antara rakan sekelas. Kemudian nama dicabut untuk memastikan siapa bakal mendapat hadiah kita. Aku dapat hadiah daipada shahirah iaitu frame bergambar betingkat yang ada hiasan kerang. Dan hadiah aku diterima oleh Suzila Amira iaitu dompet. 



Sebelah kiri shahirah dan sebelah kanan amira.


Selesai majlis, masing-masing balik ke bilik dan kemas barang untuk pulang ke Malaysia. rasa sekejap sangat perjalanan di Taiwan even kaki da sakit membengkak. Sebaik ada Fatin yang prihatin dan memberi stokin healing pada aku. Terima kasih Fatin.



Friday, August 23, 2013

Day 3 : Taiwan Aku Datang

Ok. Untuk hari ketiga ni, aktiviti kami adalah melawat Duta Malaysia di Taiwan. Ini pun dikira sebagai sesi pembelajaran yang bertujuan untuk mengetahui peranan sebenar duta kerajaan ni. Jika ada apa-apa berlaku pada kita dekat negara luar tu, duta kerajaan ni lah yang akan handle. Kalau nak minta tolong macam visa kena sekat, passport hilang, takde duitke, rindu mak ke, rindu along ke, rindu mak itam ke, serius bolehhhhh….kenaaaa tipu. Haha. Dalam dok mendengar, tapi aku rasa ramai yang dok fikir nak makan ape lepasni. Lapar kot. Kami disajikan dengan nasi lemak ori dari Malaysia. Ohsem giler! Rasa macam lama sangat dah merantau kat Taiwan ni. Macam lama giler tak jumpa nasi lemak. Baru terasa Malaysia ni best! Ramai jugalah yang bertambah. Paling best sambal sotong. Masing-masing kaut tak hengat.


Gambar depan nasi lemak


Gambar formal sikitlah.


Gambar depan hotel Ferrari


Pishang!

Selesai solat dan tangkap gambar, kami gerak ke Eslite Bookstore. Eslite Bookstore merupakan sebuah galeri buku yang terbesar. Dalamnya macam library. Banyak sangat buku. Tapi kebanyakannya tulisan dalam bahasa cina. Sebab tak ramai orang cina di Taiwan pandai bertutur bahasa inggeris. So, tengok gambar jeplah. Kalau nak pusing 1 kedai buku ni memang takkan habis 1 hari sebab terlalu besar dan bertingkat. Oleh kerana aku bukanlah pencinta buku yang sejati, maka buku-buku tadi hanya dipandang sepi. Bahahahha.. (kalau mak aku tau ni…..)


Eslite Bookstore







Fatin. me. Syaza



Muka boring masuk kedai buku



Ok. Dah habis usha buku, kami gerak ke Digital Plaza. Digital Plaza ni pula merupakan plaza yang menjual segala gadget-gadget yang anda kenali. Contohnya smartphone, laptop, camera, PSP, power bank, dan sebagainya. Harga dia boleh tahan murahlah daripada Malaysia sebab kebanyakan gadget ni manufacture dari Taiwan sendiri. Aku tak beli ape-ape sebab tak meruntukkan wang untuk beli gadget. Jadi me and Pishang Geng berjalan-jalan di luar plaza dan berfoye-foye menghabiskan wang di 7 eleven. Yang tu maybe lagi berbaloi-baloi kot kalau nak spent. Banyak jugaklah gambar sebab masing-masing pegang DSLR. Waktu ni berjaya tarik seorang lagi masuk Geng Pishang sebab lulus buat trademark kami.


Digital Plaza



















Dah habis usha gadget, kami gerak ke shopping railway. Dia macam shopping bawah tanah. Dan banyak giler laluan dan boleh sosek. Dekat sini ada jual souvenir macam keychain, tshirt, baju, beg dan macam-macamlah yang boleh gebang kat orang lain yang engko dah pergi oversea. Tapi kami diperuntukkan masa untuk shopping. Maka terjadilah episode running man shopping sebab semua kejar masa. Tak dan dah nak belek-belek. Suka terus angkat jep. Kat sini, aku dan Fatin sesat sebab salah masuk laluan. Memang panic lahkan. Lastly kami giveup dan kami keluar jep dari railway station. Elok jep keluar bangunan tu, rupanya depan tu jep hah tempat berkumpul balik. Punyalah pusing tembus laluan lain.

Untuk makan malam, kami dibawa ke restoran yang sama iaitu Restauran Halal Yunus macam hari pertama sampai di Taiwan. Makanan pun makanan yang sama. Jadi, tak payah ceritalah ok. Aku ni dahlah busy. Nak update entry-entry pergi Taiwan ni pun tak habis-habis. Dah kenyang makan, kami balik hotel untuk leisure time.

Tapi tak kan nak duduk hotel jep dah melancong ni kan. Jadi, kami sekawan pakat untuk usha tempat shopping. Sebab masing-masing risau tak beli ape-ape lagi souvenir. Aku dapat grab satu boot ni. Harga NT350 bersamaan RM35. Tapi satu kejadian ngeri berlaku bila aku da melanggar pantang di Taiwan iaitu bertawar harga pada hal tak berniat nak beli pun. Kena pula dengan amoi Gangster. Kalau tak beli barang dia, dia takkan lepaskan aku keluar dari kedai dia. Sampailah aku jerit panggil Arif dengan harapan dia akan takut. Tapi dia tak takut pun dengan Arif tu. Arif pula yang takut dengan dia. Maka atas kesilapan itu, yer….aku membelinya jua. Takpelah beg tangan pun. Buat hadiah untuk mak.



Balik hotel, prepare for tomorrow then kroooohhhhhh krooohhhhhh….                

Friday, August 16, 2013

Sahabat




Dialah yang sentiasa bersama. Ketika susah dan senang. Gelak ketawa dan sedih. Penah rasa benci, rasa marah pada dia. Tapi tiba-tiba rasa hilang kerana kebaikannya. Banyak tunjuk ajar. Esok hari pertunanganmu. Selamat bertunang Nur Fatin Nor Azman. Aku rindu.

Wednesday, August 14, 2013

Day 2 : Taiwan Aku Datang

lambat betul nak update cerita pasal Taiwan ni. Bajet macam pergi United Kingdom. 

Pagi-pagi lagi dah berebut bilik air untuk mandi. Lagilah aku ni. Dah tau siap lambat bangunlah paling awal. Tapi apakan daya, comforter terlalu indah untukku. Jadi lupakan hasrat untuk bangun awal. Pagi ini berpakaian tradisional Malaysia. Makeup cantik-cantik. Dan tak lupa juga makeupkan budak bilik sekali. Rare tak jadi mak andam kat Taiwan? Ko hado? Sarapan pagi kami di hotel saja. Memandangkan ini Taiwan, jadi menu dia berunsurkan kaki pendek lubang hidung besar tu. Hoi!! sah-sahlah kena tahan iman padahal lalu tepi menu rasa membara perasaan nak curi seketul tang hidung. Bahahahha. Ok. Yang ni gurau. Masih mampu bertahan lagi ok. Tapi still ada menu lain lagi yang boleh di makan.


Cornflake susu, jus oren, roti bakar, telur goreng, cheese slice, bun with strawbery jem, nasi jagung

Pagi itu, kami mulakan aktiviti dengan bismillah. Ecccehh... Program pagi untuk hari kedua ni adalah melawat ke Universiti Tamkang. Universiti ini adalah universiti yang terbaik di Taiwan. mereka cakaplah terbaik. Tapi tak tau pula kalau sama pe'el macam budak UiTM Bandaraya Melaka tu. Bahahhaha..dan tugasan kami adalah mempersembahkan dua tarian tradisional Malaysia yang dok praktis setiap malam seumpama tak ada assignment, kuiz, test, exam dan presentation sepanjang semester. Sighh.. Tapi apa yang terkejut mak engko sangat bila persembahan tarian itu adalah yang terbest dan termacho yang pernah kami buat better than persembahan depan reaktor sampai kena tegur.


Gambar di hadapan Pejabat Pentadbiran University Tamkang


Ni la rupa menarinya. Hebat tak?
Selepas menari kami menuju ke dewan untuk sedikit perbincangan antara universiti dan pihak kami tentang soal jawab mengenai Universiti Tamkang. Kononnya untuk tambah pengetahuan. Tapi aku rasa ramai yang dok mencekikbuah tembikai susu dan mangga potong depan mata. Zabedah betol mereka ini. 


Perbincangan lah sangat dik oii

Kemudian kami di bawa ke muzium kapal yang digunakan semasa perang-perang dahulu kala. Cantik gila kapal-kapal yang diukir menggunakan kayu. Impress jugalah. Dalam muzium tu pun sama juga. Ramai dok main dan tangkap gambar. Termasuklah aku, geng, dan pensyarah pengiring. Kesian dekat amoi tu. Sungguh-sungguh dia terangkan kat kami.


Ini kapal. Banyak lagi sebenarnya. tapi tak larat nak cari gambar-gambar lain.



Bukti.

Keluar dari Universiti Tamkang, semua lapar giler. Mana cukup weyh telan buah potong jep. Jadi Miss Lilin bawa kami ke Beef Noodle Soup Restaurant. Restoran ni halal sebab Cina Muslim punya. Beef noodle ni rasa dia pelik sikit. Sebab bau hanyir. Kalau minta yang spicy beef noodle baru tak terasa hanyir. Tapi sebab dah lapar sangat, makan sajalah. Tak boleh pilih-pilih kalau dekat perantauan ni. Nanti kebulur. Kemudian kami dibawa ke Gift Shop. Tapi tak ramai beli apa-ape. Barang dia terlalu mahal cekik leher mati hidup semula pastu mati balik.????? Tapi. Kami berpeluang rasa teh Taiwan. Teh ni bagus sebab boleh untuk diet, bersihkan darah dan apa ntah sebab aku tak dengar pun. 



Muka tunggu makan


Beef Noodle Soup



Teh


Aktiviti seterusnya adalah melawati Maokong Gondola. Lebih kuang macam Genting, tapi ada 4 perhentian. Dan setiap perhentian boleh turun ambil gambar. Tapi pemandangan dia sangat cantik dari atas sebab boleh nampak april snow. Ianya bukanlah sejenis salji gumpal-gumpal baling kat orang dan orang tu pun menjerit dan kemudian dia pun gumpal-gumpal juga dan baling kat orang yang baling dia tadi. Tapi april snow ni bunga-bunga yang mekar berwarna putih di sebalik pokok hutan menghijau.


Sticker masuk gondola

Dari puncak dan perhentian terakhir




April Snow

Ok. Kemudian kami menuju ke Taipei 101. Salah satu bangunan tertinggi di dunia. Keistimewaannya ialah bangunan ini mempunyai lif yang mampu membawa pengunjung daripada tingkat bawah ke tingkat 89 dengan hanya kurang daripada 39 saat. Dari atas, kami dapat melihat panorama Taiwan waktu malam. Cantik siot. hee..


Menara Taipei 101 waktu siang dan waktu malam. Warna lampu adalah berbeza setiap hari.


Layan Izzat beli tshirt Taiwan





Baru nak feeling Taipei Next Top Model. ganggu la Aqil ni!


Untuk makan malam, kami di bawa ke restauran Pakistan. Ni pun rare jugak. Pergi Taiwan tapi makan makanan Pakistan.



Muka letih giler. Makan tetap makan

Nasi Jagung, Mi Goreng, Kuah Dal, Daging Kisar Black Pepper with Teh Tarik. terbaik!!


Ok. Dah melantak kenyang-kenyang, balik hotel prepare for tomorrow then membongkang. Penat habaq ang...