Thursday, June 23, 2011

tadika saya

: : assalamualaikum : :


Tiba-tiba je rasa teringat masa zaman tadika dulu. masuk 6 tahun budak-budak semua dah bersepah mak bapak diorang masukkan kat sekolah tadika. konon nak pandai. macam aku jugak. kategori pandai.......la sangat! haha. ok. bila berfikir balik, masa sekolah tadika dulu, budak-budak cuma ada 1 saja sekolah tadika yang dicintai. tapi tidak aku..why berkata begini? sebab..masa dulu mak aku daftarkan 3 sekolah tadika. untuk lebih pandai? tidak mungkin. and i still don't have the answer for it. tadika aku ni terletak kat area skudai iaitu taman sri skudai, taman desa skudai dan taman sri putri. area ni dekat-dekat jep.

aku akan naik bas pergi tadika ni. driver bus ni nama pak atan. masa dekat tadika aku selalu kena buli dengan senior tadika. senior tadika ni yang masuk daftar tadika masa diorang umur 5 tahun. so kira senior la. dengan itu, setiap pagi akan membuat helah untuk tidak ke sekolah. demam, sakit perut, muntah-muntah. bila pukul 8 tu, aku da ready dalam tandas supaya mak bapak aku tau yang aku sakit. kemudian helah tu tak boleh diterima pakai disebabkan menggunakan helah yang sama berulang-ulang. kesian pak atan selalu kena tunggu lama kat depan rumah.

bila sudah kena marah, pergi sekolah dengan muka yang sangat kelat dan garang sekali. sampai pak atan pun dah faham sangat. pak atan pun akan hantar dekat tadika yang pertama, tapi aku tak nak turun. then, dia pun hantar kat tadika ke yang kedua, still aku tak nak turun. last dia hantar tadika yang ketiga. tetapi tetap tak nak turun jugak.. finally dia give up dia akan apnggil cikgu tadika untuk tarik aku. jahat betul! benci kau pak atan!

tapi kadang-kadang pak atan tau hari tu kena hantar aku pergi tadika mana, esok plak tadika yang mana. then, nak kena ambil aku kat mana satu tadika. gila la pak atan. dia leh ingat semua tuh. kalau amek spm, kau mesti straight A' kan..haha. aku rindu kau pak atan! :)

dulu masa tadika ada belajar lukis-lukis. cikgu akan bagi papan hijau yang kecil tu dan kapur warna warni. cikgu suruh lukis apa yang kita nak lukis then kena submit dekat dia and dapat markah. tapi tak tahu kenapa, aku suka lukis pelamin pengantin sanding. dan pengaruh itu telah sampai pada budak-budak yang lain yang masih suci ketika itu sehinggalah cikgu tadika sangat marah dan mengumumkan tidak boleh lagi melukis gambar seperti itu. oh! cikgu jahat sangat!



p/s : saya tak suka tadika saya!!



ok..bubye..


No comments:

Post a Comment