Monday, February 18, 2013

Yee Sang

Happy Chinese New Year to all my Chinese friend..ihiikk..

Basi la Insyirah. Basi ok. Chinese New Year dah habis ok. Dah habis. Bom dah meletup-letup dah. Kalau pak polisi baca entry ni pun dia bahan cakap bunga api yang kitorang rampas dah kitorang jual dah dik. Baru nak update blog? Phewwwww...

Hehheh. Semenjak mak tak ada dekat rumah, perasaan malas berbaur-baur. Hidup terasa sunyi sepi. Burung tidak lagi berkicauan. Daun layu berterbangan. Angin terasa sayu menyentuh kulitku. ANGIN SAYU?? Ok. That's over yer Insyirah!

Masa 6hb Februari lepas, nampak tak lama punya cerita. Hahahaha. POSIM panggil untuk makan-makan sempena perayaan Tahun Baru Cina. Disebabkan mengalami demam yang sangat teruk, pening kepala seperti dunia ini tidak adil bagiku, kaki membengkak seperti enggan menjejak bumi apatah lagi melangkah ke bilik air, badan terasa sejuk seperti salji menderu-deru turun di Malaysia. Ok. Itu tipu. Tipu sangat. Jadi, aku terlepas peluang untuk makan dengan warga Posim. Soooooooooooo sad. Mesti ade ikan masak kari, baby sawi jepun masak tiram, sotong tepung, udang butter....dan Yee Sang! Rindu nak angkat Yee Sang tinggi-tinggi. Hukhukhuk. My favourite!


Vincent : Sila,ade mane?
Me : Lumah
Vincent : Lai, 6 febluali makan dengan kite
Me : Kenapa?
Vincent : Chinese New Year maa..
Me : ooohh... hohoho..Merry Christmas!
Vincent : No, it's Chinese New Year.
Me : I know laaaaa..
Vincent : So it supposed be Gong Xi Fa Cai laaaaa...
Me : Ok lorh.... ^.^



Seriusly i missed Vincent so much! Kaki buli dekat Posim. Even dia kena marah dengan bos pun, dia boleh cool down dan keluar bilik bos sambil sengeh. So awesome. Disebabkan kempunan nak makan Yee Sang, demam bertambah-tambah teruknya. ihiikk.. Pity on you Insyirah. Bila da baik demam, terasa nak jalan-jalan dekat Jusco Taman Universiti, then terpandang Yee Sang dekat bahagian Sushi. So simpan hasrat nak pergi beli kalau bertandang lagi kat Jusco. Huhu..

Kebetulan selepas berdating..awwwuuu dating u..aku pun singgah Jusco. Oh perasaan membuak-buak bila nampak Yee Sang seperti menang tigapolohhempatjotaringgit. Bhahahaha..


Background cantik. Munge-munge. Miahahahah...




Tarrraaaa!!!



Persembahan teruk. Takut nak angkat Yee Sang tinggi-tinggi sebab kalau sepah kena sapu balik. Tak mahuuuuu!



Perasaan buruk menular dalam diri kerana berhasrat nak makan Yee Sang bersendirian tanpa pelawa orang-orang di rumah. Punya la tamak. Perasaan indah menyelubungi diri tatkala Yee Sang masuk ke dalam mulut. Bahahaha.. Heaven! It's Heaven babybehhh. Ihiiikkkss.. Malam itu tidur dengan kegembiraan selepas menikmati makanan terindah buat diriku sehinggakan keesokan harinya terasa diri ini membengkak. Bila tengok tangan, tangan membengkak dan kemerah-kemerahan. Gambar tidak dapat ditunjukkan kerana kelihatan menakutkan. Kaki juga membengkak dan menggatal. Eh, betul ke ayat aku ni? Whatever. Aku rasa pelik kenapa dia membengkak. Adakah kerana perasaan tamak makan seorang diri? atau memang bukan rezeki ku lagi nak merasa Yee Sang tahun ni? Atau ape yang aku makan tu bukan Yee Sang yang sebenar? 

Miahahahahahhaha...







No comments:

Post a Comment