Thursday, March 14, 2013

Baucer Buku Vs Lawak Ke Der 2

The story dah berlaku dua hari lalu, baru lah sempat nak update blog. Kesian.. Nampak tak busy saya semester ini? Busy..serius busy. Ini tak tipu. Semua disebabkan oleh agenda untuk ke Taiwan. Nak bawa kebudayaan Malaysia pergi sana. Konon Malaysia lah.. hee..

ok..ok..The story begin.

Hari selasa adalah hari yang sangat terindah di mana kelas cuma 2 subjek bermula pukul 10.30 pagi sampai pukul 2.30 petang. Selepas pada jam itu, tiada lagi buku dalam kamus hidup saya sepanjang hari selasa. Jadi, niat untuk berfoye-foye membuak-buak dan merobek jiwa ini seolah-olah meronta-ronta untuk melihat pandangan Bandar Melaka. Ok. Ini bukanlah ayat yang sebenar daripada pelajar jurusan bisnes yang berbunga-bunga. Ohooiiii~~ Masa terasa sangat lambat disebabkan 2 kelas tersebut berlaku dengan begitu lemah gemalai. Alahai..layunya mata. Disebabkan Sir Arbid yang menggunakan trademark "PAHAM TAK?" telah diambil kesempatan oleh seisi dewan kuliah untuk mengira jumlah perkataan tersebut yang digunapakai oleh Sir Arbid sepanjang sesi pembelajaran untuk elakkan rasa mengantuk. Termasuk aku lah. Guess what? 183 kali kot! 



Muka banyak main dalam kelas




Ok. Sesi kelas tamat. Gembira! Gembira! Mari keluar kelas dengan berasak-asak. Yeehaaa! Lepas balik tukar kereta, aku pick up Husna dan Mira dekat hostel dan menuju ke Jusco. Kitorang rancang nak tengok wayang. Cerita Lawak Ke Der 2. So, sementara nak tunggu wayang mula pukul 4.40 petang, jadi Mira ajak shopping dekat Popular guna baucer buku. Mira said "Amekla..amekla ape-ape. Aku belanja pakai baucer nih!" Eccehh guna baucer buku bolehlah engko cakap cenggini Mira ooiii... Then, aku dan Husna pun ape lagi. Laju jep la angkut ape nak. Bila waktu nak bayar tu, tiba-tiba kakak cashier cakap RM40 untuk buku bacaan RM10 untuk stationery. Tapi..tapi..tapi..kakak tu keturunan degil dan tegar. Dia tak layan rayuan kami untuk gunakan baucer buku beli stationery. Phuiii.. Mira dan Husna bengang giler sebab diorang yang paling banyak barang nak beli. Aku cuma ambil fail jep. Dalam dok kalut tahan bengang, tiba-tiba pen yang sepatutnya dibayar dan jadi hak milik Mira terjatuh ke lantai sebelah rak buku.


Me : Mira, pen tu jatuh.
Mira : ahhh...lantak lah engko pen. Aku da tak jadi beli engko. Malas aku nak angkat balik.
Me : Amira!!
** Then Husna sepak pen masuk bawah rak buku
Me : Husna!!
Husna : Ahh mampos la. Padan muke engko pen. Biar kedai ni rugi satu pen. hah!! sepak lagi masuk bawah rak. 
Me : Hahahahahah (sedang gelak ketawa guling-guling cecah lantai) 

Mira : Aaahhh fail and test pad ni pun sama. Malas aku nak letak balik. Biar engko bersepah kat sini. Puas hati aku! (sambil baling test pad dan fail)
Husna : A'ah biar engko sepah kat sini (sambil baling test pad dan fail)

** I still laughing bagai nak pecah perut

Suddenly...Mira pegang balik fail tu "tapiiiiiii..fail ni nak kena pakai..emmm..test pad ni jugak. Beli jep la."

Husna pandang Mira dan turut ambil semula test pad dan fail tu. "a'ahla.fail ni nak guna. test pad ni pun nak guna. beli jep la"

And everybody were laughing..


Mira and Husna yang tahan bengang

 

Sungguh-sungguh buat pengiraan balik sebab dah tak boleh guna baucer. :)


Then, tiga-tiga muka tak malu pergi balik the same counter dan buat pembayaran. Kakak cashier senyum kat kami. Tapi senyum sinis la tu. Mesti engko cakap dalam hati kan "Hah..padan muka. Berlagak sangat!" kan kakak kan? engko cakap cenggitu kan kakak?? Nanti engko!  Then kami bergegas tengok Lawak Ker Der 2.





Awesome giler! Jozan dah kurang sikit lawak sebab agaknya dah selalu sangat buat lawak. Tapi still the best. Still mencuitkan hati. Bila tengok Johan tu lama-lama, rasa macam asal kulit muka dia lagi flawless dari aku?? ok..Nabil pun super awesome lawak dia. Dah lama rasa tak gelak dengan lawak Nabil. Boboi pun boleh tahan gak. Came out with a new idea. Kalau tak, tak habis-habis dengan Datin Maimon tu. Tapi The best person i think is Harith Iskander!! Lawak Malaysian, Sooo fresh and super duper awesome! Seriusly suka giler tengok mimik muka dia. Hahahah.. So i call that day is Super Laughing Tuesday!



Oh yer! Ini la fail sekawan. Sebab tiga-tiga ambil warna fail yang sama walaupun ada pilihan warna yang lain.. Rebate 50%. Inilah student!! hahahahaah...




Ok..bye..





No comments:

Post a Comment