Thursday, January 6, 2011

Dinner Time!!

: : assalamualaikum : :


Kali ini, nak cerita pasal dinner syarikat. 17hb disember 2010, Posim kecoh-kecoh pasal dinner ni. Selepas ditangguh beberapa kali, barulah dinner ni happened. Sebenarnya banyak kali lah aku doakan supaya dinner ni tak jadi. (tu sebab dinner asyik tangguh jep kot.hee) Sebabnya.....kena nyanyi untuk malam tu. Ni semua gara-gara Mr. Manager yang suka menipu aku. Aku yang lurus ni pulak leh percaya 100%. Dia cakap disebabkan aku orang baru dalam syarikat, so aku wajib masuk pertandingan karaoke tu.Pastu dia cakap, staf JB Branch semua dah pernah masuk. PADAHAL!!! dinner tu baru 1st time buat..! ngeng ngeng ngeng... 


cuba teka yg mana satu Mr Manager??

 
Malam tu, ramailah yang pakai cantik-cantik ala model & datin tau.awuuu...tapi aku pakai biasa-biasa jep.oleh kerana aku sangat pemalu (yer! saya pemalu orangnya..) maka aku hanya duduk di sebelah Mr Manager sambil diperkenalkan kepada seluruh warga kerja POSIM.."let's meet my girl" (bunyi cam skandal jep..aishhh). malam tu macam-macam makanan dihidangkan. jadi amoi kejap sebab makanan semua ala china.hee.

Dalam dok tibai makan, hilang sikit nebes nak nyanyi tuh.hehheh.(ko ni syirah..dapat makan jep, ko terus lupa yer)tapi..tapi..tapi..tiba-tiba orang tegur aku." no 4 kan? tunggu kat depan yer.masa da time nih" aish..takut seh.maka aku gerak dengan perlahan ke depan.bila dapat mike, terasa jantung ni nak luruh.muka aku tak payah cerita lah.da terberot sana terberot sini.akhirnya terpaksa menerima hakikat bahawa saya perlu menyanyi pada malam itu!! yeah baybeh! dengan suara terketar-ketar, menggagahkan diri jugak untuk menyanyi. so, bagaimana muka saya ketika itu?


beginilah!! what ashamed!


Keadaannya sangat lah teruk.saya tak suka itu. Menyanyi di khalayak ramai ianya seperti presentation  dalam kelas masa time study dulu. (sambil nyanyi "berdegup jantungku...."). Malam tu aku nyanyi lagi 21 Guns. Lagu tu senang. Sebab tak payah nak dance. Konon nak ambil lagu omputih. Nak eksen la tuh.haha..Tapi bila time nyanyi, suara apa pun tak dengar. :) Tapi Team JB Branch bagi semangat & bunga banyak-banyak masa tengah nyanyi..ohh.thank you dear!


Mr Manager bagi bunga! thanx to Marcus, Dawson, Vincent & Andy too..wee~~


bila dah habis nyanyi terasa nak masuk bilik air, kunci pintu dan duduk lama-lama dalam tu sampai habis dinner.tapi tak boleh! sebab makanan yang sedap-sedap sedang menunggu di atas meja.lalu menebalkan muka pergi duduk balik tanpa pandang sesiapa pun.aish..

bla..bla..bla..

dan kemuncaknya..tibalah pengumuman pemenang karaoke pada malam itu..dan pemenangnya adalah..jeng..jeng..jeng..yer! saya bukanlah pemenangnya.mana mungkin menyanyi dengan suara terketar-ketar bersama mimik muka yang menakutkan akan menjadi juara..ahha. :)
 


tak menang pun dapat hadiah jugak.jangan jeles!

anyway, malam tu sangat seronok.makanan sangat sedap.budak-budak Posim sangatlah baik dan ramah.semua bergembira menari-nari seperti baru mendapat isteri kedua.hahaha.ambil gambar banyak-banyak & upload kat pesbuk.oh.itu wajib!

ok..bubye..

No comments:

Post a Comment