Sunday, January 23, 2011

Kek Cuklat Banjir

: : assalamualaikum : :


erm..tak tau nak mula dengan camne..ok.kali ini nak kongsi pasal Kek Cuklat Banjir. Dari dua minggu lepas macam terasa nak makan kek. So, pujuklah mak dengan bersungguh-sungguh untuk buatkan kek cuklat nih even sebenarnya tak berapa lah nak suka kat kek cuklat. Prefer more to Cheese Cake. yum..yum..yum.. Mak macam malas nak layan sebab selalunya, ending mesti mak yang buat kek tuh sampai siap.haha.ngelat ekk. So, selepas puas pujuk, then mak cakap pergi buat sendiri di bantu dengan buku resepi mak. Takutnya rasa, sebab takut tak jadi. Maklumlah abah tuh suka complain kalau masak tak sedap. Aishhh...oklah.akhirnya terima tawaran mak dengan yakinnya...hahahaha

Sediakan bahan dulu :
i) 500gm tepung optima perisa cuklat
ii) 8 biji telur
Iii) 1 sudu besar overlette
iv) 2 sudu besar susu minum
v) 1 buku mentega

Firstly, ayak tepung, telur, overlette, susu minum sampai kembang. Da betul-betul kembang, kemudian masukkan mentega. Pukul lagi adunan tesebut sampai betul-betul kembang dan sebati. Pastu masukkan adunan ke dalam loyang. Tapi sapu loyang dengan mentega dan lapikkan dengan kertas pelapik kek supaya bila keluarkan kek dari loyang, kek tak akan melekat. Bakar dengan suhu 150 darjah celcius dalam masa 1 jam.


tepung optima, telur, overlette, susu minum


then masukkan mentega



masukan adunan ke dalam loyang

bahan topping cuklat :

i) 200gm cuklat cake
ii) air
iii) gula pasir

untuk lebih sedap, buat topping coklat untuk curah atas kek. cairkan cuklat cake dengan air. biar air didih dulu sebelum masukkan cuklat kek. lepas cuklat cair, masukkan gula pasir. ikut suka hati lu nak manis camane.hee. then curahkan atas kek.


untuk topping cuklat


tarrraaa...nampak cam lazatkan. tabur choco rice untuk nampak cantik..


esoknya, bawak pergi office untuk bagi budak office rasa. tapi aku cakap kat diorang mak yang buat. supaya kalau tak sedap, tak lah rasa malu sangat. tak baik ekk. tapi..tapi..tapi..bila diorang taste, mereka cakap " wah, syira..sedapnyeeee..pandai mak u buat" haha.rasa rugi lak cakap mak yang buat.hehheh...


ok..bubye..






No comments:

Post a Comment