Monday, April 2, 2012

Dalam Harta Kita Ada Rezeki Mereka


Mak selalu cakap, dalam kehidupan kita jangan selalu kedekut dengan orang. Sebab dalam setiap harta yang kita perolehi tak kisah lah sama ada kita sendiri yang berusaha untuk mendapatkannya ataupun kita perolehi daripada orang lain. Dan aku selalu percaya kata-kata mak aku sebab dia selalu bagi ayat yang akan terkesan dalam kehidupan aku sendiri. Sebab bila tak kedekut dengan orang, maka Tuhan pun takkan kedekut untuk turunkan rezeki kat kita jugak

ok. yesterday, seriously duit aku dalam dompet cuma tinggal RM70. sebab dah pergi berfoya-foya dengan Mokmok walaupun sebenarnya Mokmok la yang banyak keluarkan duit. Ok2. Itu bukan cerita untuk diceritakan. Wajiblah orang bekerja belanja orang tak bekerja kan. hee :) sori Mokmok. Back to the story ~~ aku memang terlebih pakai duet yang dibajet untuk digunakan selama 2 minggu termasuk duit untuk cengkadak nak beli barang for exhibition ni. Then, aku pun pergi makan dengan Mokmok. Sedang makan, tiba-tiba ada peminta sedekah minta duit. ok. tak mahu panggil minta sedekah tapi kita panggil peminta derma la yer. Ciss!! takde sehinggit lak! Rasa dengan berat hati mengeluarkan RM5. walaupun sebenarnya tak lah banyak pun RM5 tu, tapi untuk orang yang dah pokai ni, wajiblah untuk rasa kedekut. konon nak minta duit Mokmok tapi tengah gaduh masa makan tu, tak syok la kan nak paww. hee. bila tengok dompet duet tinggal RM65. Rasa sdih menerpa dalam hati. Sedih sangat. tapi dah buat baik mana boleh menyesal kan. mungkin itu rezeki dia sebab tu Tuhan gerakkan hati dia untuk pergi kat aku. Jadi aku mula membuat personal bajet sendiri. baiklah...RM15 akan digunakan untuk beli tiket bas pulang ke Melaka (gaduh ngan Mokmok..so kena balik Melaka naik bus) dan RM50 untuk exhibition. dah terfikir untuk diet seminggu. Sedih lagi~~~

Dan pada hari ini..tiba-tiba abah call..jeng~jeng~jeng~


Abah : syra, abah da masukkan duit aritu dah habes ker?

Syra : eh, bila abah masuk duit. takpela duit banyak lagi ni (RM65  :P)

Abah : adalah! abah masukkan RM400 hari tu dua hari lepas syra balik melaka.

Syra : Ok. tak pelah nanti Syra cek eh.


then 10minutes later abah text me "abah masukkan lagi RM500"

WHAT???

dat's mean RM400 + RM500 = ???


OK..thanx abah! thanks so much abah! I luv u..




Terima kasih Tuhan!

1 comment:

  1. Agak2 bila lg bole blnje sy mkn plak nie..winduuu nk mkn sama
    Hahaha...

    ReplyDelete