Sunday, September 1, 2013

Full With Eaten


Tiga hari yang berlalu ni penuh perut diisi dengan makanan. Sia-sia minggu berkabung hilang 4.6 kg. Ni kalau timbang balik ni, mesti naik 5 kg. Kalau nak turun susah betul lah. Kalau naik, laju jep bergelen-gelen lemak ni berlumba-lumba isi kekosongan yang ada. Aigoo!

Bermula hari jumaat, budak Finance Department buat makan-makan sempena Hari Raya. Semua jenis makanan ada. Sebab masing-masing murah rezeki nak masak. Ada laksam, nasi impit, kuah kacang, rendang, Cabonara, Bolognese, macaroni, mi hun goreng. Tambah pulak ada desert puding caramel dan agar-agar coco. Dan aku..................aku dan tembikai ku. Miahahaha.. Tapi disebabkan dah jumpa nasi impit bersama kuah kacang, maka itu makanan yang lain dipandang sepi. Sedap betul rendang ayam Kak Zarina. Rasa macam nak order dia untuk masak bila kahwin nanti. Haish. berangan Insyirah! berangan lah! awak tu boyfriend pun da tak ada tau.

Balik kerja pula makan Chicken Rice Shop, Aqidah belanja sempena Maizatul punya last day. Orang da belanja kan. Ape lagi. 1..2...3..go laaa.. Then balik rumah pula abang beli KFC bucket. Adoyaiii..makan jangan tak makan.

Hari sabtu pula, ikut abang ke wedding kawan dia. Disebabkan tak ada apa yang menarik untuk dilakukan, jadi bersetuju untuk ikut. Kalau dah majlis perkahwinan mestilah makanan dia ialah Nasi Beriani, daging masak rendang dan ayam masak merah. Paling best bila ada daging salai, coleslaw dan mashed potato. Nyam nyam..



Ok. i find my Mr. Right later k. hewhew..





Nice painting guys. Gambar with Kak Lisa.



Selesai makan, aku hasut Kak Lisa untuk pujuk Luqman pergi jenguk bangkai Highland Tower yang runtuh pada tahun 1993 disebabkan tanah lembap takungan air. Dulu sewaktu kegemilangannya, siapa yang tinggal di Highland Tower adalah orang-orang yang kaya. Rasa teruja giler, sebab seperti dipanggil-panggil untuk ke sana. Tapi hampa sebab kawasan dia dah ditutup dengan zink. Sebab banyak Mat Gian lepak kat situ. Kalau dapat masuk lagi best. Teringin nak tengok bangkai bangunan yang runtuh. That time, i just can feel the tragedy was happened. Tengok pun rasa dah seram.




Bangkai bangunan Highland Tower


Ok. tak boleh lama-lama. Nanti pak guard marah. So, kami gerak ke One Utama untuk tengok We Are The Millers. Cerita dia berkisarkan tentang David si pengedar dadah ditugaskan oleh ketuanya untuk menyeludup dadah dari Mexico. Dan dia mengupah tiga orang lagi kenalan dia iaitu Rose (penari bogel), Kenny (masih teruna), dan Casey (budak perempuan lari dari rumah) untuk berlakon menjadi sebuah family bagi mengelakkan kecurigaan pihak imigresen untuk menyeludup dadah dari Mexico dengan menggunakan RV. Cerita dia sangat kelakar sepanjang jalan cerita. Dan habis tengok wayang, abang ajak makan nasi dekat kedai mamak. Aigoo! Dia ni perut tong ke weyh? tapi aku cuma ambil Roti Sardin. Balik rumah, abang order Pizza Dominos. ???????????







Hari ahad dimulakan dengan makan roti sandwich telur. Rasa teringin pula nak makan. Jadi bangun awal merajinkan diri ini. Hewhewhew.. Dan bersiap-siap ke rumah Ain Syazwani di Shah Alam. Owh!! Makan lagiiiiiiiiiiii!!!!!!!! Aku pergi bersama Perez. Sebab konon-konon minah ni tau jalan. Rupa-rupanya habis satu Shah Alam dipusingnya. Kat rumah Ain pula kami makan lemang dan kuah kacang! ohhh sedapnya kuah kacang. Then tambahan kedua still lemang dan kuah kacang. Tambahan ketiga, aku amek desert pavlova, roti puding, dan moist choc. Tambahan keempat pula, makan macaroni da lasagna. Oh Ain!! Engkau sengajakan masak sedap-sedap bagi aku gemok! 



Pipi sudah membulat




Tengok depan situ..



He is so cute with big eyes and big smile. Jadi pakwe akak yer. Akak tunggu. hahahaha



My only one Perez



Ni lah Ain Syazwani. Sangat gembira mengumumkan bahawa dia telah dirisik. Aduhai..how about me??


Balik dari rumah Ain, Perez ni ajak berjalan pergi Setia City Mall. First time pergi. Mall ni lebih kurang macam JPO dekat Johor. Sebab kedai-kedai semua jenis yang berjenama. Tapi disebabkan elaun dan duit biasiswa tak masuk lagi, jadi hanya melihat si Perez ni shopping. Ok. Tahniah yer Perez buat aku jeles!




Perez senyum senget. pastu dia marah. Bahahhaha..


Untuk terakhir sekali bagi menamatkan sesi menggemokkan diri, Perez ajak makan di Aimar Corner. Dekat sini, Char Kuey Tiaw dia memang terbaik! Dan Alhamdulillah, rasa dia masih sama ketika zaman di Politeknik dahulu. Syabas Aimar Corner! Miahahahaha..



Char Kuey Tiaw Aimar Corner TTDi, Shah Alam



Maka dengan itu, tamatlah 3 hari 3 malam pencarian makanan saya. Ok. Esok wajib diet balik!


No comments:

Post a Comment