Saturday, September 28, 2013

Stock Take


Seminggu lepas ni, aku ditugas menggantikan manager aku, Zoey Tong untuk buat kerja luar. Mula-mula macam malas nak joint sebab ramai cakap kerja ni penat giler. Aku ni memang terkenal dengan pemalas, pantang suruh buat kerja berat sikit. Tapi bila difikirkan dapat elaun besar untuk satu hari, terus setuju nak joint. hahaha. nampak tak muka budak praktikal yang disogokkan dengan wang dan terus excited? Hee.. 







Gambar atas ni adalah jadual stock take untuk lima hari bermula dari hari isnin sampai hari jumaat. And my area is at Subang Jaya, Putrajaya, Kuala Lumpur and Malacca. Mula-mula dapat schedule ni, pening kepala juga sebab KL??? KL?? mana lah aku tau jalan KL. Tapi apa guna phone yang ada kan kalau tak pakai GPS.

Untuk hari pertama, aku dah lewat sampai sebab set clock tapi tak bangun on time. Kamonlah nak kena bangun pukul 6 pagi, macam lama giler tak buat. Dan hari-hari berikutnya kena bangun kul 4.30 pagi. Aku ni dahlah dengan siap berejam, lepastu dengan tak tahu jalan, better lah bangun pagi-pagi. Selalunya lepas solat subuh, kemudian terus tidur balik. Almaklumlah masuk kerja pukul 9.30 pagi. Hee.. Tapi dapat team yang so sporting yang faham kononnya aku duduk Damansara dan kereta banyak.




Muka hari-hari pergi stock take




My team dari kiri : Iwan, Ms Oui, Ieka, Me, Kam



Tapi seriously, stock take ni penat giler. Hari petama jep dah sakit tengkuk, sakit kaki, sakit pinggang, semua sakitlah sebab asyik kena mendongak, panjat rak, panjat tangga, terkangkang sana sini, bangun duduk bangun duduk, melutut. Kalau tengok balik kat CCTV ni mesti rasa kelakar sebab macam-macam gaya ada. Tapi rasa macam hebat sebab stock take ni memang menguji akal fikiran dan kekuatan fizikal badan. 

















Ok. sekarang nak perkenalkan alat-alat yang kami gunakan untuk stock take ni. Alatnya hanyalah sebiji scanner, kertas dan pen. Bahahhaha..








Scanner akan scan setiap barcode yang terdapat pada setiap kasut dan beg. Laser merah akan berada tepat pada barcode, dan kalau keluar bunyi "tett" maknanya barcode dah berjaya di scan. Lepas habis scan, kena check total quantity samada tally tak dengan jumlah sebenar dalam shop. Lepastu baru lah boleh bagi dekat ketua team untuk load dalam laptop. Kalau tak tally, kena lah scan balik. Kalau nasib tak baik, kenalah scan satu shop balik. Hee. Sebenarnya aku lah yang selalu tak tally. 





















Stock take ni mencabar juga sebenarnya. Contohnya kalau nak buat stock take dekat consignment shop macam Jusco dan Parkson, selalu ada masalah nak masuk. Sebab mesti ada surat daripada syarikat. Lepastu masa untuk stock take mestilah ikut masa dalam surat. Macam dekat Pavilion, kami tunggu setengah jam untuk dapat masuk. Leceh. 







Lepastu store pula problem. Laluan dalam store tersangatlah sempit. Rak kasut sangatla besar, lebar dan tinggi. Dahlah rak kasut memang penuh, tambah pula besusun-susun sebelah rak. Memang asyik nak tersungkur sepak kotak kasut. Kadang-kadang problem dalam store bila promoter tak susun kasut dengan baik. Kasut Hush Puppies diletak di rak kasut yang lain. Memang satu kerja pula nak cari kasut. Kadang-kadang bila kita dah scan semua kasut, dan tiba-tiba tak tally dengan jumlah sebenar kasut yang ada dalam shop, memang satu hal nak kena cari balik kotak kasut mana yang tak scan lagi ataupun ter scan dua tiga kali. Leceh baq ang..











Paling bengang bila, tengah kita sibuk-sibuk stock take, promoter-promoter atau customer dok gosip cakap kuat-kuat pasal laki engko lah, pasal boypreng engko la, pasal shopping engko la, pasal nak pergi perjumpaan UMNO nak pakai kasut macamana lah. kite ni takkanlah tak pasang telinga sekali. heyy dek oiiiiii ganggu tau akak tengah kire ni. Paling aku ingat masa dekat Parkson Pavilion, ada mamat ni punyalah dok pusing berkali-kali dekat kaunter stock take aku, dah kenapa? Rupanya nak minta nombor telefon. Tapi bila aku cakap dah kahwin, terus muka dia berubah and blahh.. Sorry la yer. Lepastu aku terus kena scan balik satu kaunter sebab dah lupa aku stop dekat kotak kasut mana. Sigghhh...

Nak cari place for stock take pun satu hal. Masa hari kedua lepas Alamanda Putrajaya, kami kena menuju ke Jusco Cheras Selatan. Kam boleh tinggalkan aku. Bengang giler. Tapi nasib baik ada GPS, tapi geram juga pakai GPS dari google maps ni. Sebab dia bawa aku semua tempat yang ada tol. Hari kedua tu saja, tol aku RM30++. Entah boleh claim atau tak nanti. Lagi satu masalah bila masuk KL. Ya Allah..azabnya tengok jam. Kereta bersusun macam highway tu dah jadi tempat parking lot. Masing-masing nak pakai kereta. Dengan biadap lagi. Sebaiklah masuk KL ni untuk dua hari jep. 




Ieka and me

Ieka ni lah peneman untuk lima hari stock take. Mana-mana semua dengan dia. Lembut sangat cara cakap dia. Tapi bila buat kerja cepat betul siap. Tak pernah salah. Kalau bagi dia satu store besar pun, dia boleh habiskan dengan cepat.



Welcome to Hush Puppies!!!

1 comment: